Elakkan Pembaziran Kekalkan Penjimatan Tenaga Elektrik

Jika anda bijak dan tegas dalam perbelanjaan, anda pasti mampu mengetepikan wang bajet bil untuk simpanan lain. Walaupun sedikit yang dapat anda kurangkan, pulangannya tetap ada. Biarpun RM1 sehari.

Tip di bawah mampu membantu anda menjadi tegas agar tidak terus membazir wang.

  1. Apabila memasak terutama ketika merebus, tutuplah periuk agar makanan cepat masak. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan penggunaan gas dan elektrik.
  2. Tungku dapur yang tinggi juga akan menyebabkan pembaziran berlaku. Makanan lambat masak dan sudah pasti penggunaan gas berganda dari keperluan sebenar. jangan pandang remeh kerana ia melibatkan wang.
  3. Jika hendak memasak air, jangan isi terlalu penuh. Sedikit air, sedikit tenaga yang digunakan. Dan sedikit wang yang mengalir.
  4. Matikan suis atau dapur dengan segera setelah makanan atau air masak. Kelalaian anda akan menyebabkan kerugian di akhir bulan.
  5. Apabila menggunakan ketuhar, masak lebih daripada satu jenis makanan.
  6. Isilah peti sejuk anda dengan makanan kerana lebih banyak tenaga yang terbazir apabila peti sejuk tidak diisi. Sekurang-kurangnya buatlah ais krim atau air batu. Ingat anda perlu sentiasa memandang berat setiap pembaziran yang bakal berlaku.
  7. Jangan tempatkan dapur atau periuk elektrik bersebelahan dengan peti sejuk. Haba panas akan merosakkan sistem penyejukan. Jumlah tenaga yang digunakan akan terus meningkat dan makanan anda mungkin cepat busuk.
  8. Pastikan makanan yang telah dimaska benar-benar sejuk jika hendak disimpan dalam peti sejuk. Jika tidak tenaga elektrik yang digunakan meningkat secara mendadak untuk menyejukkan makanan tersebut. Jika setiap hari keadaan begini dibiarkan berlaku, naik lagilah bil elektrik anda.
  9. Nyah beku peti sejuk selalu dan jangan buka jika tidak perlu. Jangan biarkan anak-anak membuka peti sejuk sesuka hati tanpa sebab.
  10. Jika membasuh sayuran, pinggan mangkuk dan ketika mandi, elakkan daripada membuak air terlalu kuat. Apabila air dibuka dengan kuat, meter akan bergerak laju. Jika setiap hari lebih daripada sepuluh kali anda berbuat begitu, jangan terkejut apabila bil melambung tinggi. Jika hendak mandi pastikan air kolam sentiasa penuh.
  11. Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan muatannya penuh. Jika tidak, anda bukan sahaja membazir air tetapi juga elektrik.
  12. Biasakan memadam lampu setiap kali tidak diperlukan. Jangan ‘berpesta lampu’ satu rumah. Pasanglah lampu tidur dengan watt yang rendah.

Semua perkara di atas mampu mengurangkan bila and sehingga 15 peratus penjimatan elektrik sebulan. Jadi mulakan langkah penjimatan anda sekarang. Didik ahli keluarga melakukannya.

1 Comment

  1. CARE IPG KTB said,

    April 9, 2010 at 9:05 am

    Salam sejahtera. Minta izin untuk copy artikel ini di blog kami. Info yang sangat berguna. TQ


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: