Cara Penjagaan Kulit Lelaki

Saban hari kulit anda sering terdedah kepada pencemaran udara di samping sinaran ultra ungu yang membahayakan kesihatan. Sedar atau tidak, wajah akan beransur-ansur kelihatan kusam dan tidak bermaya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana secara tidak langsung ia mampu mencacatkan penampilan sekaligus membuatkan anda hilang keyakinan diri. Dewasa ini terdapat banyak produk penjagaan kecantikan dan kesihatan untuk lelaki. Nah, apa kata sekali-sekala berhabis duit untuk kecantikan diri sendiri. Bukanya rugi kerana anda juga yang akan dapat faedahnya nanti.

KULIT BERJERAWAT DAN BERMINYAK

Disebabkan lelaki mempunyai kulit yang tebal berbanding wanita, pengeluaran sebumnya pun lebih maka tidak hairanlah jika kebanyakan dari mereka mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat. Apa yang perlu dilakukan?

  • Rajinkan diri untuk membersih wajah setiap pagi dan sebelum tidur setiap hari. Gunakan pembersih wajah yang sesuai bagi menghilangkan kotoran, menanggalkan sel-sel mati serta membersihkan liang roma yang tersebut untuk mengurangkan masalah jerawat.
  • Seeloknya dapatkan produk khas untuk penjagaan wajah seperti gel yang kurang berminyak – anti blemish dan berikan lebih tumpuan kepada bahagian yang bermasalah sahaja.
  • Lazimnya zon-T pasti menjadi kawasan utama berlakunya rembesan minyak yang berlebihan. Apa kata anda menggunakan produk kha atau pelembap kurang berminyak bagi mengatasi masalah tersebut.
  • Gunakan krim pelindung matahari serta pancaran UV bagi melindungi wajah anda. Selain mengatasi masalah pengeluaran minyak yang berlebihan ia juga mampu mengelakkan pori-pori wajah dari tersumbat.

KULIT LESU DENGAN GARISAN KEDUT

Proses penuaan mampu berlaku denga cepat jika anda seirng tertekan, terdedah kepada persekitaran yang kotor serta sinaran UV yang berlebihan. Paling menyedihkan bila garis-garis halus (terutama di bahagian mata dahi dan sekitar mulut) muncul lebih awal sebelum usia. Berikut disertakan tips mengatasinya:-

  • Pilih pelembap yang sesuai. Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering maka pelembap dengan formula anti penuaan, ‘lifting’ atau ‘firming’ amat sesuai sebaliknya jika kulit wajah anda berminyak pula, pelembap ringan dan berasaskan air adalah pilihan utama.
  • Ketika berasa di luar rumah, rajinkan diri untuk menyapu krim pelindung matahari. Elakkan dari menggunakan krim pelindung matahari yang berminyak sekiranya kulit wajah anda tergolong dari kumpulan itu.
  • Jangan merokok kerana karbon dioksida yang terkandung di dalamnya mampu membuatkan kulit wajah menjadi kering dan berkedut. Sebaiknya, minum lebih banyak air bagi mengelakkan masalah penghidratan.
  • Pengambilan nutrisi dan makanan yang seimbang amat penting untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Jika perlu ambil beberapa jenis vitamin atau makanan untuk kelihatan muda sentiasa.

Sumber: Mingguan Wanita

31 Comments

  1. aiai2u said,

    September 26, 2008 at 6:04 pm

    Hai semua,

    Berkongsi pendapat dulu tentang penjagaan wajah untuk lelaki. Hubby saya kan…. dia ni very committed dari segi penjagaan kulit wajah atau seluruh badan. Setiap pagi kena pakai pencuci wajahnya, dan scrub for men 2-3 kali seminggu. Lepas tu, siap pakai pelembab lagi. heheh.. Jari tangan, kaki pun disapu minyak zaitun bertujuan melembabkan kulit. Para lelaki di luar sana, produk Nivea salahsatu produk yang sesuai untuk lelaki dan ada khas untuk lelaki. Pada pendapat saya, saya suka hubby pandai jaga kulit wajah sendiri, bukan bermakna menarik perhatian wanita lain eheheheee…. tetapi pada saya adalah untuk memberikan keyakinan diri sendiri, tidak semestinya sudah khawin then melupakan kebersihan dan kesihatan diri… Lagipun, yang paling penting sekurangnya lelaki yang pandai menjaga wajah ni, mereka lebih faham wife mereka walaupun lambat sikit berhias…… sebab dia pun selalu buat begitu… hahaha

  2. bethzel said,

    September 29, 2008 at 9:27 am

    hehehe….. betul tu….

  3. Johan Harris said,

    December 16, 2008 at 12:14 pm

    Hmm… orang lelaki pun kene jaga gak kesihatan kulit. supaya penampilan lebih menarik dan mudah didampingi orang, dan disenangi orang.

  4. aiai2u said,

    December 16, 2008 at 10:48 pm

    Mmmmm…betul tu Johan, bukan sahaja wanita yang kena titikberatkan kesihatan dan penampilan tetapi juga lelaki. Menjaga penampilan secara asas sahaja pun cukup baik sudah. Contohnya, menggunakan pencuci muka khas utk lelaki, bercukur, jaga berpakaian, rambut yang kemas. Hehehhe…barulah pasangan sebelah tu rasa yakin dan kurang ataupun tidak lagi lirikkan mata ke arah lain hehehe… Terima kasih atas sokongan blog ini. Selalu2lah membaca k.

  5. liza said,

    December 22, 2008 at 4:46 am

    kulit lelaki susah nak cari produk penjagaaan

  6. aiai2u said,

    December 22, 2008 at 9:52 pm

    Hai Liza,

    Terima kasih layari blog ini. Sememangnya kulit lelakipun agak cerewet juga. Produk untuk lelaki kita boleh guna produk NIVEA. Ada khas untuk lelaki juga tu, Avon juga mengeluarkan khas untuk lelaki selain daripada produk-produk yang lain. Tapi…cubalah NIVEA heheh.

    Take care

  7. yie said,

    December 6, 2009 at 4:21 am

    produk macam mane yang sesuai untuk cara pengunaan yang tidak cerewat..

    • aiai2u said,

      December 8, 2009 at 2:26 pm

      Yie Said,

      Terima kasih membaca web ini.

      Antara produk lelaki yang senang, berpatutan dan tidak cerewet untuk kulit antaranya adalah NIVEA. Produknya pelbagai…utk kulit.

      Terima kasih dan selamat mencuba.

  8. asyrafsuleiman said,

    December 8, 2009 at 5:53 am

    askum….
    saye baru umur 15 tahun…. bleh tak kasi tau produk aper yang bagus
    untuk saye jike saye ade jerawat,kulit berminyak dan bawah kelopak mate nampak gelap…………taupun petua2 dulu2…

    • aiai2u said,

      December 8, 2009 at 2:22 pm

      Hello Adik Asyraf,

      Terima kasih kerana melayari web ini.

      Nasihat kaka, consult dengan dermatologist
      Untuk usia adik, rasanya problem adik ada kaitan dengan ketidakseimbangan hormon.

      Tapi tdk rugi utk mencuba gunakan Cetaphil(basic skincare) and Neostrata (for skin discoloration and acne treatment). Salahseorang anak kawan kaka gunakan itu, seperti masalah adik. Ia berkesan. Boleh cari di farmasi jg.

      Selamat berjaya.

      • lipas said,

        March 9, 2011 at 5:38 pm

        masalah hormon tue ape kak … tolong jelas kn lebih terang lagi supaya sye fhm … kulit sya banyak bintik putih dan kulit sya kelihatan kering .. mcm mne nak baiki ..??

  9. kelip-kelip said,

    January 3, 2010 at 7:47 am

    best blog nih…
    memang betul lelaki kena jaga kulit wajah supaya lebih berkeyakinan dan berketerampilan menarik…
    bg lelaki yg memang ditakdirkan “jambu” untunglah..x payah nak susah2 cari produk untuk kulit muka mereka…hahaa…

    ~mmm…bleh tahan leceh gak untuk menjaga kebersihan wajah nih… =P

  10. January 30, 2010 at 11:14 pm

    saye nak tnyelah..apekah kndungan2dlm pencuci wajah yg ade d pasaran yg mnmbahkan lg kerosakan pada kulit. dan tolong bg thu saye..apekah produk yg sesuai dgn kulit berminyak dan sensitif mcm saye?

    • lipas said,

      March 9, 2011 at 5:37 pm

      masalah hormon tue ape kak … tolong jelas kn lebih terang lagi supaya sye fhm … kulit sya banyak bintik putih dan kulit sya kelihatan kering .. mcm mne nak baiki ..??

  11. aiemie said,

    June 24, 2010 at 9:40 am

    kadang2 kulit berminyak ni disebabkan hormon,pemakanan dan ketidakseimbangan dalam badan. so sy cdangkan cube minum suplement organic nutri detox, korang minum 2,3 ari je dh dpt ase perubahannye…. muka kurang berminyak dan lembut je.. jerawat pn makin kurang… Insyaallah…

  12. zaki said,

    July 22, 2010 at 6:43 pm

    hai!

    saya nk tanye kwn baek saya mengalami masalah penjagaan muka apabila kulit kwn saya mengalami pori_pori tersumbat dan sering berminyak dan meninggalkan kesan jerawat yg nampak hodoh..

    Adakah ini punca daripad kesan jerawat yg hilang dan meningalkan kesan sebegitu sbagai seorang kwn saya tidak ada pengalamn sebegitu .

    bagaimanakah cara penjagaan muka yg betu untuk menghilagkan kesan jerawat dan mengelakkan daripada pori-2 tersumbat ? apakah pencuci muka y sesuai dan pelembab yg sesuai

  13. arif said,

    July 30, 2010 at 9:19 pm

    salam..sy jejaka berumur 22tahun. Memiliki raut wajah yg sweet.hehehe.tp m0st gals say im cute…kulit wajah sy lembap..dan sng bpeluh..jerawat nk tmbuh mmg susah,mgkn sbb sy xpnh pgg muka apabila tgn sy blum cuci.. Bila ada jerawat,dlm 3ari je da ilang.hehe..produk ape yg terbaik utk kulit wajah cm sy ni(bminyak)

  14. Jay D said,

    August 12, 2010 at 6:29 am

    Wah..jauh2 surfing…smpai pla ke blog ni…nyway, tQ 4 d tips2 hehe ^_^

  15. amir idris said,

    August 14, 2010 at 6:32 pm

    assalamualaikum. .gud luck guyz. . Penampilan seseorang memang kena jaga. . First impresson people judge adalah melalui penampilan. . Dalam agama pun ada menyebut supaya menjaga kebersihan. . Care yourself. . T.q

  16. wan said,

    November 28, 2010 at 4:33 am

    saye 20 thun…kulit muka saya agak bermasalah.tona tidak sekata,kusam dan berminyak.produk ape yg sesuai untuk saya dan apakah cara2 bagi mngatasi masalah ini?

  17. salam said,

    December 22, 2010 at 7:18 pm

    assalamualaikum,saya nak tanya kulit saya sentiasa berminyak.da mcm produk da pakai tpi xde prubahan..mcm da putus asa da skrg kulit da bnyak verjerawat..naku juga kena ejek dgn kawan

  18. cutez boyzz said,

    December 24, 2010 at 2:21 pm

    asalamualaakum
    sy berusia 19 tahun dan mengalami masalah kulit sperti jerawat n kulit berminyak…muka sy pada usia 18 thun sgt bersih tp skrg tidak lg,bleh bg thu sy kenapa?? n sy dulu pernah mengunakan produk NIVEA ttp tidak berkesan.Jadi skrg ini sy mengunakan produk loreal for men….ianya berkesan tp pada masalah berminyak jer…..

  19. ude said,

    April 23, 2011 at 5:24 pm

    salam, sy berusia 17 tahun ad masalah tona kulit x sekata r, ap produk yg sesuai ea utk masalah macam sya ni, klo blh spesifik skit sbb sy x tau sgt bnda2 mcm ni…

  20. konfius said,

    July 10, 2011 at 4:33 pm

    salam
    saya berusia 21 tahun dan dah lame mencari ape masalah kulit saye,kulit muka saya nampak kusam dan berbintil2 kecil…adakah bintil kecik ni pon dipanggil jerawat atau nama lain…parut jerawat pon banyak jugak…ape saranan anda ek?

  21. asiah.com said,

    July 11, 2011 at 4:13 am

    sibuk nak cerita pasal laki hang..ingat org suka ka?

  22. sengal said,

    July 12, 2011 at 8:47 am

    wat blog tp tak reply baek tak payah..bodoh

  23. akuazs said,

    October 28, 2011 at 2:25 pm

    kepada lelaki yg memiliki jerawat ataupun kulit brminyak,
    sya cadangkan anda menggunakan produk miracle mask.
    produk yg terbaek bg saya..sebelum ni jerawat byak kat muka ngan parut pun byak gak… bila pakai produk ni, dalam masa sebulan nmpak perbezaan yg amat ketara berlaku.. ramai yg terkejut. tapi itu lah hakikatnya. produk ini berasaskan herba 100%. dan tidak perlu risau akan kesan sampingan…
    ini bkan promosi brnagn tapi igin berkongsi kpd mereka yg sedang mencari-cari produk yang sesuai…. just type MIRACLE MASK.
    sy jamin peggunaannya akan mengubah hidup anda…..

  24. aboit said,

    November 14, 2011 at 5:42 am

    ala kat Malaysia ni kalau bab2 penjagaan kulit lelaki, lately ni je yang orang dapat menerima…based on my experience, kat Korea and Japan tu…ya Allah kalau p kedai jual2 brg facial ni..tu dia berderet tingkat2 pasal lelaki nye saje….untuk rambut sahaja mcm2…….

    anyway thanks for the post….

  25. dens said,

    February 18, 2012 at 11:41 am

    kepada yang mempunyai masalah jerawat..,cuba cari sabun sari herba..,terdapat di farmasi..,insyaAllah..,berkesan..

  26. khairul said,

    February 2, 2013 at 3:09 am

    sy nk tnya mcm mne klu kulit sy sntiasa bergelupas slps membasuh mke dgn pncuci muka.apa yg ptut sya buat?adakah pencuci mke yg sya gnu tidak sesuai?apakah produk yg berkesan untuk kulit yg berjerawat,berminyak dan keringgg.please explain

  27. BieyMe said,

    April 15, 2013 at 5:52 am

    produk apa yang sesuai untuk muka lelaki yg berminyak..dan mudah berjerawat..agak kusam dan hitam..membuatkan kulit tidak bermaya..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: