Kehamilan Lewat Usia & Risiko

Kehamilan pada usia lewat biasa berlaku tambahan lagi sudah menjadi agak biasa zaman ini lelaki dan perempuan berkahwin pada usia lewat. Ketahui risiko dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa kehamilan pada usia lewat ini… Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (selepas 35 tahun) berisiko untuk:

  • pembedahan Caesarean
  • bersalin dengan bantuan peralatan seperti forseps atau vakum
  • bayi kurang berat badan
  • penyakit kencing manis dan darah tinggi yang boleh memudaratkan kehamilan
  • pendarahan yang banyak selepas bersalin
  • kelahiran sebelum masanya
  • kemungkinan janin meninggal
  • kelahiran sindrom down
  • keabnormalan janin yang bercorak genetik
  • keguguran secara spontan
  • hamil bayi kembar
  • placenta previa
  • kematian perinatal.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, ambil langkah berjaga-jaga seperti:

  • Apabila haid tidak datang, buatlah ujian mengandung segera.
  • Jangan tinggal temujanji dengan doktor mengikut jadual yang sepatutnya.
  • Ambill vitamin seperti asid folat/folik, dua atau tiga bulan sebelum mengandung untuk menghindari pembentukan janin yang tidak sempurna.
  • Awasi pertambahan berat badan.
  • Makan makanan yang pelbagai dan berkhasiat.
  • Ambil sumber kalsium secukupnya sama ada daripada produk susu, soya dan sebagainya.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Tinggalkan tabiat buruk seperti merokok, minum minuman alkohol.
  • Lakukan senaman yang bersesuaian untuk kekal aktif.
  • Berbincang dengan doktor anda tentang ujian untuk mengesan keabnormalan atau sindrom down pada janin.

Banyak kajian di dunia menampakkan sesuatu yang positif daripada perkahwinan dan kehamilan di usia yang lebih lambat seperti:

  • Lebih matang, realistik, pasti dan bersedia untuk mendapatkan anak
  • Ibu-ibu pada umur sebegini lebih menyedari akan kesihatan harian keluarga mereka
  • Penyusuan susu badan lebih dipraktikkan oleh ibu-ibu yang matang usianya
  • Dari segi sosioekonomi, anak-anak yang dilahirkan oleh ibu-ibu tersebut mendapat faedah kesihatan yang lebih menyeluruh dan terjaga
  • Kemantapan gaya hidup setelah pencapaian kerjaya akan memfokuskan arah tujuan anak-anak mereka.

Walaupun hamil pada usia yang lebih lambat ini meletakkan seseorang bakal ibu dalam risiko lebih tinggi berdepan komplikasi, majoriti wanita yang lebih berusia kini berjaya melalui kehamilan yang sihat berbanding waktu dahulu.

Sumber:

  • Kahwin lambat risiko semasa hamil, Mingguan Malaysia
  • Pregnancy After 35, March of Dimes
  • Pregnancy After 35: Healthy moms, healthy babies, MayoClinic

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: