Pantang Larang Selepas Bersalin

Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan sangat penting agar ibu dalam pantang tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

Tidak ramai tahu kehamilan memberi banyak tekanan kepada badan wanita. Malah, pada masa sama wanita juga boleh mengalami tekanan emosi, terutama jika kehamilan itu tidak dikehendaki.

Sedar atau tidak, kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan emosi kepada wanita. Selepas bersalin, ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehingga kadangkala ada yang lupa mengambil berat kesihatan diri sendiri.

Berpantang memberi peluang kepada wanita untuk berehat secukupnya kerana kehamilan boleh menyebabkan beberapa gangguan kepada fungsi asal badan. Ini sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga yang bukan saja baik untuk bayi, bahkan demi kepentingan wanita sendiri.

Kebersihan Diri

  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa yang ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Pastikan luka pembedahan dan jahitan sentiasa bersih dan kering

Pemakanan

  • Makan pelbagi jenis makanan berasaskan piramid makanan
  • Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
  • Banyakkan pengambilan serat terutamanya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Penyusuan Susu Ibu

  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap mengikut permintaan
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan jamu jika bayi jaundis/kuning.

Rehat dan Senaman

  • Rehat secukupnya kerana badan anda lemah selepas kelahiran
  • Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
  • Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk mengurangkan berat badan. Caranya mudah iaitu dengan hanya berjalan 20 hingga 30 minit sehari dan boleh dimulakan dua minggu selepas bersalin

Ibu harus peka akan perubahan fizikal dan mental semasa pantang.

  • Senaman lain yang lebih lasak seperti berbasikal (statik atau bergerak) dan berenang hanya boleh dilakukan selepas enam bulan bersalin
  • Elakkan juga berdiri terlalu lama kerana kesan graviti menyumbang kepada masalah rahim jatuh
  • Wanita selepas bersalin juga kerap mengalami masalah sakit pinggang atau belakang yang kadangkala berlanjutan sepanjang hayat. Mengamalkan postur (posisi) badan baik ketika duduk atau bekerja juga dapat mengelakkan masalah sakit belakang
  • Selain itu, wanita berpantang juga diingatkan supaya tidak mengangkat benda berat. Benda paling berat yang boleh diangkat ialah bayi anda

Amalan Bahaya dan Pantang Larang

  • Elakkan amalan pantang larang bahaya seperti sekak dan salai.

Tanda-tanda Bahaya

Dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda berikut:

  • Demam panas
  • Pendarahan berlebihan dan berlarutan
  • Anemia
  • Sakit kepala/pening
  • Sesak nafas dan sakit dada
  • Meroyan
  • Sukar buang air kecil
  • Sakit dan keluar nanah dari luka bersalin atau pembedahan
About these ads

37 Comments

  1. nissa said,

    April 16, 2010 at 4:50 pm

    seorang ibu muda bru berpantang 30 hari…
    hari ini kaki di bahagian pehanya melecur akibat terkena batu tungku yang panas..adakah ia berbahaya kepada ibu tersebut?apakah penyelesaian yang sesuai??

    • Aiai2u said,

      April 28, 2010 at 10:07 am

      Hai Nissa,

      Terima kasih kerana melayari liferelax. Pertama kali saya mendengar ibu muda berpantang dan kena tungku panas. Pendapat saya, bawa jumpa doktor, bimbang nanti ada jangkitan sebab melecur. Terima kasih.

  2. hidayah said,

    July 27, 2010 at 4:19 am

    saya bsalin melalui pembedahan. apakah sayur-sayuran dan buah-buahan yg boleh dimakan? Setengah2 sayuran dan buahan adalh sejuk dan boleh mdatangkan angin pada badan..

  3. Nazri said,

    December 19, 2010 at 1:45 pm

    Isteri saya mengalami tekanan darah rendah selepas 2 minggu bersalin. Disebalik ‘berpantang’, adakah rawatan atau cara bagi menambah darah. Maklumlah, jika ‘berpantang’ semua benda dikatakan tidak boleh.

  4. NUR SHARINA said,

    January 17, 2011 at 6:03 am

    selepas bersalin sehinggalah kini saya mengalami rasa sakit pada dalam kemaluan..selalu raa seperti ada sesuatu yang berat nak terkeluar dari kemaluan..tambah lagi sakitnya terjadi apabila saya nak buang air besar atau dalam posisi mencangkung..sekarang saya dah 3 bulan bersalin..tapi rasa itu masih ada.dan tiap kali saya bersama suami pasti ada pendarahan berlaku..apakah cara mengubati dan mengapa ia terjadi

  5. jane said,

    February 14, 2011 at 1:08 pm

    nursharina,
    akak mcm rasa rahim tu yg turun sikit, tpi berurut dpt naikkan rahim tak pun tarik pelan2 rahim tu arah ke atas setiap hari semasa baring. selalu akak minta bantuan suami angkat bhgn paha dan kita tarik pelan2 rahim tu ke arah kepala, sakit mmg rasa tapi bila selalu buat sakit tu akan semakin kurang

  6. zam said,

    March 8, 2011 at 6:05 am

    nursharina,
    Saya juga mengalami masalah yg sama dan belum menemui cara untuk mengatasinya. Saya juga mengalami masalah pening kepala yg kerap, rasa pusing kepala macam nak pitam.

    • Siti said,

      August 1, 2012 at 3:52 pm

      Maybe angin kot…..lg 1 klu kita kurang rehat atau tido pn bleh jd gk

  7. ridza_yana said,

    March 27, 2011 at 8:56 am

    sy br 24 ari bersalin.. ade rase sakit kt tempat jahitan tu.. xtau bengkak atau nanh coz smcm timbul. sy hnya sapu krim luka je. sy risau.. tp xbrani jumpa Dr.

    • Siti said,

      August 1, 2012 at 3:37 pm

      Cuba la tgk dgn cermin,jahitan terbuka atau ada jangkitan ke…Klau x berani baik pegi klinik chek

  8. ina said,

    June 26, 2011 at 5:49 am

    pada pendapat saya,ape2 pun yg berlaku,kesakitan yg d alami,kte hendaklah mengutamakan pencipta kta.minta pertolongan drpd NYa, kerana setiap pnyakit hny akn sembuh dgn izinNya.klu guna pelbagai ubat pun,tp xmohon kt pencipta,x elok jugak :) konklusinya,setiap ujian itu pasti ada hkmahnya..setiap kesenangan itu,d bungkus oleh kesusahan..klu nk jmpe ksngn,kenela kopek kesusahan dulu :D

  9. slairyh said,

    July 5, 2011 at 8:47 am

    salam,
    saya baru habis berpantang 50 hari. baru jer sekali bersama dgn suami dan mngalami kesakitan dan pendarahan yang banyak. ada sesiapa pernah mengalami mslh yg sama tak?

  10. nor said,

    July 10, 2011 at 3:50 pm

    sy dah 40 hari dalam pntg hr ni..tp sakit pggang n pinggul x hlg..wlaupun seleps berurut…kat peranakan cam sakit jer..bersin pun rase..knp ye?

    • dila mazly said,

      July 29, 2011 at 3:50 pm

      saya dah 31 hari dalam berpantang…alhamdulillah x der masalah..cuma masa awal2 berpantang ada rasa pening sikit, sakit sewaktu buang air..saya pergi berurut n makcik tu kata peranakan saya terturun..selepas makcik tu naikkan peranakan dan saya amalkan pemakaian bengkukng setiap hari siang dan malam…alhamdulillah peranakan saya tidk turun lg…saya juga lakukan kaedah bertungku setiap pagi dan malam dgn menolak perlahan2 peranakan ke atas….

      • Siti said,

        August 1, 2012 at 3:42 pm

        Sy pun amalkan mcm awak gak,esok sy dh masuk 44hr berpantang,alhamdulillah…..semuanya baik….walaupun malas nak bertungku,paksa gak diri sbb takut dgn kata org tua2..yela kna jaga betul2 dlm pantang ni

  11. Redha said,

    October 17, 2011 at 7:30 am

    sy dah lebih 45 hari berpantang. tp sy tak dapat melakukan tugas harian seperti memasak, membasuh dan menyapu lg kerana bila sy melakukan tugas2 seperti itu sy dpt rasakan sakit di seluruh badan. tangan dan kaki seperti rasa dicucuk dengan jarum. rasa tajam dan bisa. ada tak cara untuk menghilangkannya?

  12. rafeah said,

    October 30, 2011 at 11:08 am

    dah 35 ari berpantang, betul ke x leh buat kerja umah spt memasak , menyapu, menjerit, cuci pinggan

  13. an said,

    December 26, 2011 at 1:50 pm

    saya nk tanya.. selepas proses bercukur rambut bayi, saya dapati terdapat satu benjolan cecair di atas kepala bayi. adakah bejolan tersebut akan surut? apakah tindakan yg ptt diambil bagi memastikan benjolan tersebut susut?

  14. Ct Twins said,

    May 14, 2012 at 9:34 am

    pantang larang lepas bersalin adalah “wajib” untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan selepas melahirkan anak.untuk perkongsian set Premium beautiful corset dapat membantu ibu-ibu yang lepas bersalin..(CORSET TERAPI) mampu merawat dan membentuk tubuh badan dengan cantik. corset untuk 70%kesihatan dan 30%untuk kecantikkan.

  15. Zue said,

    July 7, 2012 at 11:33 am

    sy pun mngalami msalah sakit pada faraj….tgk luka jahitan cam ok je cme msih sakit sikit2 tp faraj rs cam tak selesa walaupun dah berurut naikkan rahim….knapa ye??? sya dh 2 bln lbih bersalin…..

  16. Yati said,

    July 19, 2012 at 4:10 am

    jgn ambil mudah dgn pantang larang selepas bersalin. .. berurut dpt memberi kelegaan krn perjalanan darah bertambah lancar… pemakanan dan cara makan cukup penting utk dijaga… ada baiknya mengikut pesanan/petua org tua2….utk kebaikan jgka masa pjg…. sbb alhamdulillah sy x mengalami apa2 masalah w/pun dah bersalin byk kali.

    • Siti said,

      August 1, 2012 at 3:51 pm

      Tula kan….mmg berpantang ni leceh dan rasa mcm malasnya nak buat tp bila pikir apa yg org tua2 ckp,takut gk,ala buat jerla bukannya lama pun,sebulan lebih je…walaupun sy ni nurse,tp s ttp ikut adat org tua dulu2…..klu ikutkn bahagian kesihatan semuanya boleh mkn,tp tu semua atas badan masing2la bleh terima ke tak,mak sy cukup disiplin klu berpantang….mmg semua dia uruskan,tungku,makan,mandi,baby…alhamdulillah la….mcm2 gambaran yg buruk dia bgtau kl kita xberpantang….takut…

  17. amy said,

    August 15, 2012 at 1:00 pm

    terdapat benjolan di tempat jahitan saya.rasa tak selesa dan kdg2 rasa gatal.kenapa ya?

  18. wan said,

    November 26, 2012 at 6:48 am

    apsl admin xbalas2 komen kat atas..?sy nk dptkn info pn ssh…mmmmmmmmmm…

  19. hannan said,

    December 26, 2012 at 1:19 pm

    Assalamualaikum semua, nak tanya nie..saya dah 58 hari lepas bersalin, tapi luka jahitan macam ada terbuka sedikit..pastu ada kuar darah, macam tercarik je daging kat bwh tu.. cmana ye?agaknya kena jahit semula x? tapi xla rasa sakit sgt, pedih kit je kalau kena air. saya pantang ngan suami je..belum 20 hari hbs pantang dah buat keje rmh…mgkin asyik bergerak je kot

  20. Nini said,

    February 7, 2013 at 10:25 am

    Saya belum sempat lg mengurut dgn bidan, tp adalah suami urtkan bdan n dh chek doktor peranakanan saya ok n sya boleh dkatakan kerap jugak bertungku sendiri satu badan terutama celah peha sb selalu lenguh2, jd nk tanya masih releven atau tidak mengurt dgn bdan pd hari ke 50

  21. Noy said,

    March 7, 2013 at 9:52 am

    Assalam

    Saya baru 28 hari lepas melahir kn.. Sy dapati ada nanah & benjol kecil dekat jahitan vagina sy. Ttpi bukan tempat jahitan tersebut, berdekatan je.. Sebelum ni ada juga, sy cuba kluarkan nanah tersebut, dan dpati ada benda kecil warna hitam (kata org mata ikan.. X tau betul atau x).. Risau gak, nak bawa klinik takut…

  22. hannan said,

    March 8, 2013 at 2:29 pm

    wassalam..to noy..

    berkenaan masalah pn., saya nak beri sedikit saranan berdasarkan pengalaman dan nasihat nurse, kerapkan bagi wap kat jahitan bersalin tue…jahitan bernanah mungkin disebabkan jangkitan kuman @ makan krg pantang…

    Caranya:
    1-Panaskan air dan letak dalam besen @ baldi
    2-Letak garam kat dlm air td
    3-Kemudian , wapkan jahitan tu…ikutlah selesa camana pun
    nk duduk atas baldi pon xpe je..

    Di samping itu, rajin2xkanlah basuh jahitan tu dgn air garam…InsyaAllah akan cepat sembuh.

    Petua ni memang menjadi dan saya sendiri pon dah cuba..”)
    Semoga berjaya.

  23. Noy said,

    March 9, 2013 at 5:31 am

    Mungkin makanan krg pantang kot.. Tp sy ada angkat anak sy umo 2 tahun, ksian punya pasal… Dia cmburu sy slalu pegang adik dia.. Nnti sy try.. Garam biasa atau garam kasar?

    Anyway terima kasih hannan

    • hannan said,

      March 12, 2013 at 3:11 am

      dua-dua pun boleh…:)

  24. March 15, 2013 at 9:53 am

    sya dh 55 hr bersalin..sejak seminggu dua ni, bengkak dekat bawah pundi kencing tu..mcm ada daging terkeluar..jmpa doktor dia ckap..bengkak tu mungkin sbb semasa proses kelahiran tu mneran terlallu lama tu yg bengkak..bengkak tu akan surut dng sendiri dia..normal ke bengkak tu..slalu amik msa berapa lama nk surut?

  25. wanda said,

    March 25, 2013 at 5:28 am

    lepas sy besalin operate aritu saya ada masalah rahim bengkak..saya cuba makan ubat herba bidan kampung..sekarang dah ok…jika ada berminat nk cuba ubat herba bleh hubungi sy di 0I33788985.

  26. suhaidah said,

    May 10, 2013 at 7:01 am

    Assalammualaikum semua, saye ada masalah kemaluan saya selau gatal dan beraih, disebabkan tergaru terlalu kuat ada luka skit, saye tidak selesa lah…saye juga gemar minom dan mkn ais ketika dahaga, adakah itu puncanya? harap semua dapat beri pandangan terima kasih.

  27. suzie duin said,

    May 21, 2013 at 6:45 am

    apakah tanda2rahim jatuh?
    dan bagaimana cara utk mengatasi masaalah ini?

    • maria said,

      October 1, 2013 at 12:09 am

      lepas bersalin saya sesak nafas yang amat sangat, bukan tu je belakang, dada dan kepala rasa sakit dan kebas. seluruh badan juga terasa sakit. saya dah berpantang dan berbidan berpuluh orng tpi tak baik jga.kini da 10 tahun tapi penyakit tu masi tk hilang.

  28. yana dyana said,

    November 30, 2013 at 11:26 am

    macammana nak tau Rahim turun? adakah cara nak menguatkan kedudukan Rahim jatuh setelah dinaikkan?

  29. shukira said,

    March 1, 2014 at 4:02 pm

    salam.. lg sehari sy nak hbis pantang.. tp bdn da bengkak2.. pastu jln bongkok sbb berdiri tegak rasa senak perut.. urut da 4kali.. tp still xdapat punca kenape.. endthen bahagian miss v sy bla bwh tu mcm terkoyak sikit.. mcm mn yerr


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: