Petua-petua Tugasan Harian Kita

    1. MEMBERSIHKAN LANTAI. Pungut dahulu sampah sarap yang besar seperti kertas, bungkusan dan lain-lain. Sapukan ke satu arah dan selepas itu titiskan pembersih sebelum mengelap lantai.
    2. MENCUCI BAJU CARA MUDAH. Asingkan pakaian yang berwarna daripada pakaian putih. Untuk mengelakkan baju mudah reput, berus bahagian leher, lengan baju serta bahagian yang kotor sahaja. Bilas pakaian dua kali supaya sisa cecair atau sabun tidak meletak dan merosakkan pakaian.
    3. ELAKKAN KARAT PERKAKAS DAPUR. Perkakasan dapur seperti garpu, sudu, pisau dan lain-lain, dicuci dengan bersih setelah digunakan dan pastikan keringkan dan kemudian sapukan sedikit minyak kelapa dan dibungkus dan disimpan dengan selamat dan tidak ada karat lagi.
    4. HILANGKAN DAKI PADA LEHER BAJU. Syampu rambut boleh digunakan untuk menghilangkan daki di leher baju. Caranya dengan mengambil sedikit syampu dan titiskan ke leher baju kemudian berus dengan perlahan dan bilas seperti biasa.

    2 Comments

    1. deez said,

      June 18, 2008 at 4:11 pm

      Petua yang bagus, teruskan usaha anda untuk memberikan tips dan petua yang berguna.

    2. aiai2u said,

      June 18, 2008 at 4:42 pm

      Deez,

      Terima kasih kerana meluangkan masa melayari ‘liferelax’. Kami berharap petua-petua harian membantu anda dan keluarga. Kami akan sentiasa mengemaskini dan mendapatkan tips serta petua yang baik untuk anda. Sentiasalah melayari ‘liferelax’ dan ajak kawan-kawan anda relax bersama LifeRelax…


    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: