Perkara Yang Tidak Disukai Suami/Isteri Saat Di Ranjang!

  1. PASANGAN PASIF. Si pasangan ketika berhubungan intim, si isteri atau suami hanya terbaring pasrah tanpa inisiatif. Sebaliknya pasangan haruslah bergerak, dan menunjukkan minat untuk bercinta dengan pasangan.
  2. TIADA CIUMAN. Wanita atau lelaki suka pada ciuman, jadi janganlah biarkan seks berlangsung tanpa ciuman. Pasangan akan berasa lengkap dengan tindakan ini. Ciuman di bahagian sensitif membuatkan isteri atau suami akan teringat yang istemewa.
  3. TIDAK SENSITIF. Jangan hanya suami atau isteri bersikap sensitif terhadap kemahuan anda. Sebagai suami atau isteri jangan ego dalam hubungan seks dan mahu menang sendiri.
  4. MELUPAKAN PASANGAN. Jarang pasangan suami isteri bertanyakan apa kemahuan pasangan. Suami atau isteri asyik mengharap kesenangan dari sesama. Hentikan sikap begini. Tanya pada pasangan apa yang ingin dilakukan. Biarkan pasangan tahu keprihatinan.
  5. JANGAN MEMBINGUNGKAN. Segelintir isteri tidak menunjukkan emosi semasa berhubungan seks sehingga suami tidak mengetahui samada si isteri suka atau tidak. Jangan malu untuk memuji pasangan semasa acara bercinta berlangsung..
  6. HANYA SEORANG YANG MENGAWAL. Suami atau isteri akan bosan bila hanya dia setiap kali yang mengemudikan seks. Peranan keduanya adalah penting agar tidak membosankan. Carilah cara yang berlainan.
  7. MEMBIARKAN SEKS MEMBOSANKAN. Membiarkan seks membosankan adalah satu perkara yang salah. Si suami harus pandai dan pantas memberi kelainan kepada isteri dan sentiasa memberikan kejutan. Isteri suka digoda oleh suami.
  8. TIADA INISIATIF. Suami/isteri tidak suka pasangan yang kurang inisiatif dan hanya pasrah menunggu signal dari suami atau isteri untuk bercinta. Sekali sekala suami atau isteri harus menjadi hero atau heroin dengan mengajak suami/isteri bersama. Keduanya sukar membaca fikiran. Oleh yang demikian ajaklah suam/isteri bersama! Hasil tetap ada..

Sumber: Mingguan Wanita

2 Comments

  1. Danielle said,

    June 15, 2008 at 2:01 pm

    Hai aiai2u,

    Artikel yang cukup bagus dan berguna untuk pasangan suami isteri yang kadang-kadang tercari-cari kelemahan sendiri. Sebagai pasangan suami atau isteri tidak terlalu berasa ego dalam hal ranjang, kena ada kerendahan dan berbincang dengan pasangan dalam kehendak, keperluan dan kepuasan bersama. Walaupun telah menjadi suami isteri, jangan biarkan jiwa ditenggelami oleh masa dan keadaan, redup dan dingin. Sentiasanya segar bersama. Fikirlah masa-masa bercinta dulu. Tidak salah untuk bercinta walaupun telah menjadi suami isteri. Terima kasih kerana artikel aiai2u banyak membantu saya. Saya akan pastikan suami saya membaca artikel ini.

  2. aiai2u said,

    June 15, 2008 at 2:28 pm

    Salam sejahtera Danielle,

    Terima kasih kerana meluangkan masa membaca artikel tersebut dengan sokongan yang membina. Semoga dengan beberapa artikel ini akan membuka mata dan serba sedikit akan membantu kehidupan seharian kita. Jika tidak keberatan sebarkan kepada kawan-kawan dan kongsikan bersama blog ini. Kami akan menambah dan memperbaiki blog ini dari masa kesemasa dengan mendapatkan tips, petua-petua dan herba dan lain-lain dan mendapatkan lebih banyak sumber-sumber daripada buku-buku dan kawan-kawan. Kami amat mengalu-alukan sekira Danielle dan rakan-rakan dapat berkongsi tips dan petua-petua yang menarik.

    Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: