Petua Menjadikan Perkhawinan Indah?

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami/isteri untuk menambat hati suami/isteri?

  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh suami/isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami/isteri i sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada suami/isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami/isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap suami/isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika suami/isteri isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan suami/isteri isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila suami/isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak suami/isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Sekiranya suami/isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu suami/ isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan suami/isteri.
  • Bila suami/isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila keluar, tanya suami/isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk suami/isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon suami/isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU “.
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak suami/isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang suami/isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran suami/isteri sekali sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika keluar daerah,telefon suami/isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Urut belakang suami/isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah suami/isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan suami/isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk suami/isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan suami/isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Beri perhatian lebih kepada suami/isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  • Lebihkan suami/isteri daripada anak-anak.
  • Bila suami/isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan suami/isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belai suami/isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang suami/isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  • Lakukan riadah bersama suami/isteri.
  • Pergi berkelah sekali sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: