22 Cara Atasi Kekurangan Wang

  1. Salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah meningkatkan ilmu kemahiran. Ambillah beberapa kursus yang tidak berkaitan dengan pekerjaan and ketika itu, misalnya pengurusan perniagaan atau kemahiran yang lain untuk dijadikan bekalan masa depan. Mana tahu and mungkin berminat untuk membuka perniagaan atau menceburi bidang yang lain.
  2. Tiap-tiap pagi, cubalah untuk bersarapan, makan tengahari & malam di rumah. Bukan sahaja hidangan yang dimakan dijamin bersih, cara ini juga boleh menjimatkan belanja.
  3. Cubalah mengunakan sistem pengangkutan awam atau membeli kenderaan yang kecil seperti kancil, motorsikal dan menjimatkan minyak. Dengan cara ini dapat menjimatkan belanja selain mengelakkan kesesakan jalan. Cara ini juga membolehkan jumlah tabungan bertambah.
  4. Seringlah memberi ganjaran kepada diri anda. Dengan cara ini anda dapat membezakan kerja dengan riadah. Ia sungguh menceriakan dan memberi seakan satu motivasi kepada anda.
  5. Simpan makanan snek, ringan di pejabat atau di rumah. Elakkan mengunjungi restoran-restoran berjenama.
  6. Gunakan waktu hujung minggu untuk memasak sendiri makanan walaupun anda seorang lelaki, mengikut resipi-resipi yang diambil dari buku, kaca tv atau internet. Bahan-bahan dibeli dari pasar malam yang murah daripada supermarket.
  7. Sertai dan buka akaun SRS(Supplementary Retirement Scheme) atau Skim Tambahan Persaraan kerana ia boleh menjamin hari tua dan juga boleh merendahkan kurungan cukai peribadi anda.
  8. ‘Bayar diri’ dahulu setiap kali anda menerima gaji. Mungkin sebelum ini anda gemar berbelanja hingga sanggup berhutang kerana inginkan sesuatu. Jika anda sudah bebas dari hutang pelbagai dan jiak anda ingin membeli barangan yang mahal, berusahalah untuk membelinya dengan wang tunai.
  9. Dana Rizab peribadi sangat penting. Anda perlu mempunyai simpanan yang mencapai enam kali dari gaji anda. Memang susah untuk menabung, elakkan melancong dan membeli belah secara kerap.
  10. Langgani kable televisyen khas untuk informasi dan hal ehwal ekonomi dan kewangan, Banyak informasi terkini yang boleh dipelajari mengenai pelaburan dan sebagainya.
  11. Pastikan bil bulanan telefon bimbit anda tidak melebihi dari contohnya RM100 sebulan kerana kebanyakannya anda hanya menerima panggilan masuk dan ianya percuma. Kurangkan penggunaan telefon bimbit.
  12. Jika akaun anda telah melebihi enam kali gaji, letakkan wang lebihan itu ke dalam produk kewangan yang boleh memberkan pulangan yang lebih tinggi.
  13. Jangan malu mencari sumber pendapatan sampingan bagi membantu dan mengukuhkan kewangan dan simpanan keluarga.
  14. Gunakan perisian kewangan pentadbiran kewangan anda. Dengan mempunyai bajet dan kira-kira sendiri bagi tujuan mengesan aliran tunai anda walaupun jumlahnya sedikit dan dapat meningkatkan simpanan anda.
  15. Elakkan membeli barangan baru tanpa mengambilkira barangan lama seperti jam tangan, telefon bimbit dan lain-lain. Gunakan yang lama selagi ianya masih boleh digunakan.
  16. Elakkan membeli barangan yang terlalu berjenama dan mahal. Biar murah asal berkualiti dan boleh digunakan.
  17. Sekiranya anda seorang perokok, kurangkan membeli rokok. Sekiranya sehari bajet rokok anda ialah RM8.20/sekotak. Untuk tempoh 30 hari anda telah membuang sebanyak RM246. Ada baiknya kurangkan perbelanjaan rokok. Sekotak untuk 2 hari maka anda akan jimat sebanyak RM123 dalam sebulan. Jumlah itu boleh digunakan untuk hal-hal yang lain ataupun buat simpanan untuk diri ataupun anak-anak anda.
  18. Kurangkan masa berhibur samada bersama kawan-kawan. Sekiranya anda seorang yang suka minum minuman memabukkan. Elakkan keluar rumah secara kerap, kerana anda akan membelanjakan wang untuk kawan-kawan. Ada baiknya berehat bersama keluarga. Anda pasti akan merasa tenang dan selesa setelah anda membiasakan diri keadaan ini.
  19. Apabila anda menerima bonus atau wang lebihan, belanjakan hanya sedikit dan yang lain agihkan kepada tuntutan dan keperluan anak seperti dana pendidikan di hari tua.
  20. Jangan lupa menderma apabila mempunyai lebihan wang. Percayalah segala amalan dan pengorbanan akan diberi ganjaran yang sewajarnya dan kehidupan di dunia dan akhirat akan diberkati.
  21. Jika anda suka mengunjungi salon untuk rawatan rambut, carilah salon yang menawarkan harga yang murah dan perkhidmatan yang memuaskan.
  22. Jangan percaya dengan skim-skim “Cepat Kaya” dan kata-kata yang menjanjikan keuntungan besar walau mereka menggunakan agama sebagai ‘guarantor’.

Berhati-hatilah ketika mengatur perbelanjaan anda. Sentiasalah menjadi pengguna yang bijak. Sekiranya anda seorang yang belum berkhawin, mintalah pendapat daripada ibubapa. Bagi yang telah berkhawin, usah belakangi suami atau isteri anda, pasangan anda adalah penasihat yang paling baik.

Sumber: Mingguan Wanita – Januari 2004

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: