18 Cara Hadapi Tekanan?

Gaya hidup moden tidak lengkap jika tidak adanya tekanan. Tekanan hidup tidak boleh dielakkan tapi jika diurus dengan baik pasti tidak memudaratkan.

Bagaimana Mengatasi Tekanan Yang Melebih-lebih?

  1. Dekatkan Diri Dengan Agama – Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Pimpin diri dan keluarga merenung kehidupan bersama Tuhan. Apa jenis agamapun, bawalah keluarga bersembahyang, berdoa, contohnya semasa makan, sebelum tidur. Apabila bersusah hati, bergembira, ingat bahawa Tuhan sentiasa dengar rintihan Hamba-Nya.
  2. Pilih Untuk Gembira – mulakan belajar tentang kemahiran menguruskan diri, berinteraksi dengan baik dan positif terhadap sekeliling supaya kita sentiasa terbuka dan gembira.
  3. Sentiasa Bersyukur – Tidak ada kesudahannya jika terlalu ego dengan asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Ada baiknya cara kekuatan untuk menjayakan diri.
  4. Menjadi Pemaaf – Berfikiran negatif, memendam rasa, seringkali melepaskan kemarahan akan memburukkan kesihatan mental.
  5. Lawan Pemikiran Negatif – Kenalpasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal. Tempis pemikiran ini dan cari cara sifat positif disebaliknya.
  6. Tambah Sahabat – Gembiranya apabila mendapat sahabat yang baik sentiasa mengambil berat kepada kita. Ada pakar berpendapat, hidup keseorangan akan menambahkan tekanan dan kemurungan.
  7. Kongsi Masalah/Kegembiraan Kepada Keluarga – Pada yang telah berumahtangga, utamakan suami/isteri. Berbincang dan berkongsilah masalah, kegembiraan kepada pasangan. Pasangan yang memahami akan memberi anda pendapat dan akan menenangkan diri anda. Suami/isteri adalah orang yang paling sesuai untuk berkongsi kerana perkhawinan telah mengikat diri untuk menerima anda seadanya.
  8. Lemparkan Senyuman – Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.
  9. Berbuat Baik – Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima gembira.
  10. Gembira Jauhi Penyakit – Percaya atau tidak, tekanan yang boleh meransang kepada penyakit akan boleh diubati dengan kegembiraan. Individu yang happy go lucky akan mempercepatkan penyembuhan.
  11. Sertai Aktiviti – Pilih aktiviti yang menarik minat anda dan lebih baik lagi jika ia memberi manafaat kepada pihak lain. Misalnya menyertai badan kebajikan dan sukarelawan.
  12. Bukan Mengenai Wang – Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan, hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.
  13. Berilah Pujian – Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga terutama pasangan, anak dan rakan-rakan. Juga berterima kasih kepada bantuan yang dihulurkan. Pujian boleh merangsang kepada perkara baik. Jangan hanya berharap pujian oleh orang lain.
  14. Terima Dugaan – Belajar terima setiap dugaan yang datang dengan hati terbuka. Ianya membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.
  15. Kerendahan Hati – Jangan terlalu ego kepada diri dan orang sekeliling. Belajar merendahkan hati dan diri. Elakkan perkataan-perkataan, bahasa-bahasa yang menyinggungkan perasaan orang. Luahkan kata-kata dengan penuh kerendahan hati. Cara ini boleh membantu menenangkan kita.
  16. Bersenam – Mengamalkan gaya hidup sihat bukan sahaja baik untuk badan dan membantu mempertingkatkan aliran darah tetapi menjadi ubat anti kemurungan yang sangat berkesan, kerana ianya mampu meningkatkan fungsi mental dan fizikal.
  17. Elakkan Berhutang – Elakkan diri kita berhutang. Elakkan memegang Kad kredit. Ianya memang baik tetapi tidak membantu kerana penggunaan kad kredit hanya memberi tekanan kepada anda setelah digunakan dan hanya berfikir untuk membayar hutang.
  18. Menerima Diri Seadanya – Terimalah diri seadanya dengan tenang. Kemampuan ada hadnya. Jadi jangan paksa diri kita membuat sesuatu di luar kemampuan.

Sumber : Mingguan Wanita Mei 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: