7 Langkah Atasi Tekanan Sewaktu Berpantang

Tekanan sewaktu berpantang, jika tidak dikawal akan bertambah teruk sehingga menyebabkan masalah gila meroyan. Jom, ikuti tips-tips berikut, bagaimana mengatasi tekanan, kemurungan dalam berpantang:-

  1. Tidur – “Curi” sedikit masa untuk tidur. Paling tidak cukuplah sekadar berbaring sambil melelapkan mata biarpun hanya untuk beberapa minit.

  2. Lupakan Kesempurnaan – Ibu yang terlalu mementingkan kesempurnaan amat mudah mengalami kemurungan. Jadi berilah peluang kepada diri untuk menjadi orang yang tidak terlalu sempurna.

  3. Berkongsi Dengan Ibu Lain – Sertai forum menerusi laman web untuk berkongsi pengalaman dan rahsia menjaga anak-anak. Anda dapat meluahkan perasaan di samping belajar daripada merkea yang lain yang pastinya berhadapan masalah yang sama.

  4. Ruang Untuk Diri – Dapatkan bantuan suami dan ahli keluarga untuk memastikan anda dapat bernafas. Berehat sebentar sekurang-kurangnya 15 minit sehari dapat mengurangkan tekanan. Gunakan masa tersebut dengan dengan membaca, bersenam, mandi ataupun melakukan meditasi.

  5. Banyakkan Bergerak – Amalan ini perlu kerap dilakukan. Kajian menyatakan ibu yang memang aktif melakukan senaman, amat kurang melalui kemurungan berbanding mereka yang jarang bersenam.

  6. Makan – Pastikan anda kerap makan dalam kuantiti yang kecil. Anda digalakkan mengambil minuman panas yang manis.

  7. Diari – Setiap hari catat emosi dan perasaan and di dalam diari terutamanya apabila tidak lagi murung, baca semula catatan yang anda buat.a sedang mengalami kemurungan. Apabila tidak lagi murung, baca semula catatan yang anda buat. Pasti ia dapat membantu perasaan anda menjadi lebih baik.

Sumber: Majalah Pa & Ma – Mei 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: