Kenali Punca Pertengkaran Suami Isteri

Mungkin ramai pasangan suami isteri di luar sana yang kecewa dengan keadaan rumahtangga mereka ketika ini. Mengeluh mengapa hubungan tidak harmonis dan selalu saja ada pertengkaran. Berbaik sekejap kemudian bergaduh lagi. Sememangnya amat membosankan apabila terpaksa memendam rasa marah dan kecewa setiap kali bertengkar dengan pasangan. Menurut pakar psikologi, perbezaan pendapat atau pertengkaran sememangnya akan berlaku pada pasangan suami isteri namun bagi mengelakkannya menjadi serius pasangan perlu tahu menyelesaikan tersebut dengan cara harmonis dan penuh kasih sayang. Pasangan yang mengadu kerap bertengkar sebenarnya perlu tahu punca masalah tersebut. Pakar telah menyenaraikan beberapa punca yang kerap menjadi isu atau krisis pasangan:-

  • Pasangan mempunyai kebiasaan buruk seperti suka menyepahkan barang, malas, pengotor dan sebagainya. Dia berjanji untuk mengubah sikap namun janji tinggal janji.
  • Pasangan yang mempunyai tabiat suka mengabaikan suami atau isteri dengan mementingkan kawan-kawan atau perkara lain. Pasangan lebih kerap keluar menghabiskan masa berseronok di luar, mabuk bersama kawan-kawan, balik lewat malam. Berjanji untuk membuat perubahan tetapi tidak pernah dikotakan.
  • Kurang memberi perhatian sebagaimana anda memberi perhatian sepenuhnya kepada dirinya.
  • Anda dan pasangan mempunyai pemikiran yang berbeza dan dia jarang memberi sokongan terhadap apa yang anda lakukan.
  • Pasangan mempunyai hubungan sulit.

Jika ini penyebab anda dan pasangan kerap bertengkar. Maka di bawah ini pula adalah tips-tips yang perlu anda lakukan untuk menghentikan dari terus berlaku.

  1. Bantu Pasangan – Sikap saling membantu adalah teras kebahagiaan rumahtangga. Janganlah mengharapkan pasangan untuk melakukan semua pekerjaan di rumah. Ringnkan tangan untuk membantu baik buat isteri mahupun suami. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih. Ucapan tersebut sebenarnya mampu membuat suami atau isteri tersenyum lebar dan senang hati. Apalah susah untuk mengucapkan dua patah perkataan itu.
  2. Bertolakansur – Pertengkaran kadang kala berlaku akibat keegoan suami atau isteri di mana kebanyakkan suami kerap keluar daripada duduk di rumah dengan keluarga. Mereka lebih suka keluar malam, minum dan berseronok bersama kawan-kawan di luar tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan keluarga dirumah. Balik terlalu lewat malam dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Apabila keadaan ini berlaku kepada pasangan, suami atau isteri harus melemparkan keegoan dan bertolakansur. Usahlah kerap keluar malam, dan jangan terlalu balik lewat malam. Hadkan masa bersama kawan-kawan dan masa berseronok. Utamakan kewajiban berkeluarga.
  3. Jangan Ragu-ragu – Pertengkaran juga adakalanya berlaku akibat hubungan sulit suami atau isteri. Dalam hal ini biarpun kadang-kadang pasangan telahpun insaf dan menyedari tindakan buruknya namun suami mahupun isteri tidak dapat menerimanya. Ada yang ragu-ragu dengan keinsafan pasangan. Seharusnya jika pasangan berasa insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya sebaiknya suami atau isteri memberi kepercayaan. Jangan berbelah bahagi jika pasangan mahu melakukan sesuatu utnuk menebus kesalahanya. Keraguan ini akan menyebabkan pasangan memberontak dan kemudian mengulangi kesalahan yang sama.
  4. Nasihat Ada Tempatnya – Suami isteri memang perlu saling memberi nasihat. Namun ada pasangan yang tidak dapat menerima nasihat daripada pasangan mereka kerana ia menganggapnya sebagai perkara remeh. Apabila nasihat tidak diterima maka pergaduhan akan berlaku. Jadi, bila pasangan berkata secara jujur dia tidak memerlukan nasihat anda akurlah dengan katanya. Jangan membangkang kerana ia akan membuat anda lebih bercakaran.
  5. Elak Bertengkar Kerana Seks – Ada pasangan yang bertengkar kerana seks. Satu pihak mahukan seks satu pihak lagi menolak. Sekali sekala mungkin tidak mengapa tapi jika ia asyik berlaku sudah tentu ia akan menyebabkan konflik dalam rumahtangga. Sebaiknya jangan bertengkar kerana seks. Ambillah masa dan duduk berbincang mengenainya. Fahamilah perasaan pasangan masing-masing dan tetapkan satu penyelesaian mengenai masalah ini dan janganlah membiarkan ia berlarutan.
  6. Lari Dari Masalah – Ramai yang cuba lari dari masalah rumahtangga dengan mengalihkan perhatian kepada kerjaya mahupun anak. Dengan berbuat demikian anda akan mengalihkan rasa marah meskipun ia bersifat sementara. Sekiranya anda berbuat demikian bersedialah untuk menghadapi tekanan yang lebih kuat. Apa yang anda lakukan tidak menyelesaikan masalah sebaiknya cuba memanjangkan penderitaan yang ada. Selain itu, janganlah bercerita masalah anda pada ramai orang kerana ia akan mengurangkan lagi kasih sayang pada pasangan. Semakin anda bercerita semakin banyak kelemahan pasangan diungkit maka makin kuranglah perasaan pada dirinya.
  7. Jangan Melabel Pasangan – Anda mungkin menganggap pasangan anda sebagai sensitif, kuat merajuk dan membosankan. Secara tidak langsung anda sebenarnya melabelkan diri pasangan anda. Jangan terus menanam label sedemikian dalam fikiran anda. Sebaiknya carilah cara untuk membantunya membuang sikap tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: