5 JANGAN Ketika Hubungan Intim

Hubungan mesra antara suami isteri seharusnya menjadi medan untuk menambahkan kemesraan dan mengukuhkan lagi jalinan kasih sayang. Lantaran itu, biarpun sudah berbelas tahun ataupun berpuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, tanggungjawab yang satu ini jangan sekali diabaikan. Jangan sampai hubungan kasih yang sepatutnya memberikan kebahagiaan berakhir dengan kekecewhaan dan kemarahan. Ingatlah pepatah Inggeris “practice makes perfect” Buat kaum Adam, ada 5 perkara yang perlu anda ingat tidak dilakukan semasa memesrai isteri, ikuti tips-tips ini:-

  1. Jangan Lupa Tentang Ciuman – Jangan terlalu terburu-buru untuk menuju ke daerah erotis pasangan anda sehingga terlupa tentang perkara paling penting dan wajib dalam adegan ‘pemanasan’ (foreplay). Perkara tersebut ialah ciuman dan cumbuan saat bermesra dengan pasangan.
  2. Jangan Meniup Telinga Pasangan Dengan Kuat – Banyak wanita yang suka apabila pasangan meniup telinganya semasa bermesraan. Tetapi anda perlu ingat besar bezanya antara meniup cuping telinga pasaran dengan lembut dan erotik berbanding dengan meniup cuping telinganya kuat-kuat seolah-olah anda meniup bara api! Lain kali bila and ingin meniup telinga pasangan anda, tiuplah secara erotis dan mengghairahkan.
  3. Jangan Tidak Bercukur – Tidak semua wanita suka apabila pasangannya menggeselkan misai atau jambang pada tubuhnya. Lantaran itu, sebelum anda menggeselkan misai atau jambang di dagu pada tubuh pasangan, pastikan yang dia menyukai perlakuan anda itu. Jika pasangan memaling wajahnya dari anda, jangan terus membuat andaian bahawa dia sedang berghairah. Itu mungkin cara si dia menjauhkan dirinya daripada misai dan jambang yang mengelikan dan adakalanya memeritkan.
  4. Jangan Kasar – Boleh dikatakan semua wanita suka dilayan dengan lembut dan sopan.. termasuklah juga ketika sedang terlalu rapat sentuhan yang lembut dan nyaman serta menghayalkan. Sentuhan yang kasar dan keras di daerah sensitif seperti payudara hanya akan membuatkan rasa yang tidak selesa. Oleh itu, sentiasalah sentuh pasangan anda dengan lembut dan penuh kasih sayang setiap kali anda bermesraan.
  5. Jangan Melupakan Anggota Tubuh Lain – Lelaki sering menganggap bahawa payudara dan bahagian vagina adalah anggota paling sensitif dan perlu diberikan keutamaan apabila mahu bermesraan dengan pasangan. Anda silap kerana ada banyak lagi bahagian lai di tubuh wanita yang sama(malah ada yang lebih) sensitif berbanding dengan dua bahagian tersebut. Selalulah ingat bahawa masih banyak bahagian di tubuh pasangan anda yang perlu diterokai. Sebab itu sentiasalah mencuba dan ‘be adventures’!

Sumber: MIDI – 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: