7 Perkara Dielakkan Selepas Makan

  1. Jangan Merokok – Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik shaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru.
  2. Jangan Makan Buah – Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan.
  3. Jangan Minum Teh – Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar dihadamkan.
  4. Jangan Longgarkan Tali Pinggang Anda – Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang.
  5. Jangan Mandi – Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki dan badan hingga menyebabkan aliran darah disekeliling perut menurun. Ini menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah.
  6. Jangan Banyak Berjalan – Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan.
  7. Jangan Tidur – Tidur sebaik selesai makan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastrik dan jangkitan pada usus.

Sumber: MIDI 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: