Adakah Anda Mempunyai Masalah Tidur?

Adakah anda menghabiskan masa yang secukupnya di katil? Apabila bangun tidur adakah anda masih lagi terasa letih dan juga mengantuk sepanjang hari berikutnya? Jika begitu, mungkin anda mempunyai masalah tidur.

Masalah tidur yang sering berlaku adalah insomnia, apnea tidur, sindrom kaki resah dan narkolepsi. Walaupun masalah tidur secara signifikannya boleh memberi kesan kepada kesihatan tetapi ia juga dirawat.

Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami sebarang tanda masalah tidur berikut:-

  1. Anda selalu mengambil masa lebih daripada 30 minit setiap malam untuk mula tidur.
  2. Anda selalu terbangun beberapa kali pada waktu malam dan kemudiannya menghadapi untuk tidur semula atau anda bangun terlalu awal pada waktu pagi.
  3. Anda sering berasa mengantuk semasa waktu siang, anda sering ‘tidur ayam,’ atau anda tidur pada waktu yang tidak sepatutnya semasa waktu siang.
  4. Pasangan anda mengatakan apabila anda tidur, anda berdengkur kuat, bunyi berdengus, tercungap-cungap, membuat bunyi seakan tercekik atau berhenti bernafas pada jangka waktu pendek.
  5. Anda mengalami rasa seperti dicucuk pada kaki atau tangan yang hanya boleh dilegakan melalui cara mengurut, terutamanya pada waktu malam dan apabila anda cuba untuk tidur.
  6. Pasangan anda menyedari bahawa kaki atau tangan anda seakan tersentak semasa tidur.
  7. Anda mengalami episod lemah otot secara tiba-tiba apabila anda marah atau semasa ketawa.
  8. Anda berasa seakan tidak boleh bergerak apabila mahu bangun tidur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: