Manfaatkan Waktu Makan

Biasanya pada waktu rehat, ramai yang memilih untuk menikmati hidangan tenghahari dengan berborak kosong bersama rakan-rakan. Daripada satu isu kepada satu isu telah anda bualkan sehingga masa berehat anda tamat. Bukankah lebih baik jika masa yang ada digunakan sebaiknya untk meningkat lagi prestasi kerja anda? Tidak semestinya anda perlu menahan lapar kerana kerja tetapi jika anda bijak, anda mendapat dua faedah sekaligus; perut kenyang dan berpeluang mengembangkan lagi karier anda.

  1. Belajar Dari Teman – Jika anda tertekan gara-gara kerja dipejabat, jangan diamkan sahaja. Anda perlu mencari penyelesaiannya. Anda boleh sahaja bertemu dengan rakan semasa menuntut dahulu ataupun rakan yang berkerja di tempat lain. Bertukar-tukar fikiran dengan bekerja sambil menjamu selera salah satu caranya dan anda boleh ceritakan masalah yang berlaku. Mana tahu mereka boleh membantu dengan cari jalan penyelesaian. Jika cara mereka sesuai untuk anda dan boleh diaplikasikan, tidak salah jika anda mencuba. Sekurang-kurangnya ia mampu menghilangkan tekanan kerja anda.
  2. Curi Ilmu Dari Klien – Walaupun anda sudahtidka mempunyai sebarang kerjasama atau berhubung dengan klien A, bukan bermakna anda perlu putuskan hubungan dengan mereka. Apatah lagi jika anda melihat adanya potensi untuk bekerjasama pada masa hadapan. Mungkin ada keistemewaan pada klien A sehingga anda merasakan bahawa anda patut untuk menirunya demi karier. Caranya,, ajak mereka untuk menikmati makan tengahari tanpa sebarang agenda tersembunyi. Ketika di meja makan, mulailah dengan berbual-bual perkara ringan dan kemudiannya mengarah kepada pekerjaan ataupun dunia perniagaan. Dari cerita-cerita mereka ini, anda pasti akan dapat mempelajari sesuatu – sama ada cara berhadapan dengan klien yang cerewet mahupun cara untuk membahagi waktu. Anda lebih bertuah jika mereka sudi berkongsi rahsia-rahsia kejayaan dan bolehlah gunakan untuk anda pula mencipta kejayaan dalam karier. Tidak sia-sia bukan?
  3. Cari Ilham – Tetekan di pejabat dan mahu mendapatkan udara segar sekaligus mencari idea untuk projek yang ditugaskan? Kali ini jangan makan tengahari di kedai makan berhampiran pejabat tetapi sebaliknya cubalah mengunjungi restoran, mungkin di pusat beli-belah misalnya. Setelah menikmati hidangan, anda boleh mengelilingi pusat beli belah sambil mencari idea atau inspirasi untuk kerja anda. Biasanya fikiran kita lebih tenang dan mudah berfikir semasa sedang santai. Sebaiknya anda beredar apabila mula berasa selesa dan mendapat ilham secukupnya. Awas kepada yang kaki ‘shopping’ jangan terlalu lama kerana anda mungkin akan terjebak kepada perkara lain seperti memberli-belah apatah lagi ketika musim jualan murah. Ini bukannya masa untuk anda membeli belah. Tumpukan kepada niat anda untuk mencari ilham.
  4. Kemaskini Kerja – Sewaktu kerja, secara automatiknya kita akan mendedikasikan waktu untuk melakukan tugasan. Lebih awal anda dapat menyelesaikan semua kerja, anda akan rasa lebih lega dan tenang. Jika ingin menyelesaikan semua kerja dan pada masa yang sama, mahu mengetahui apa yang berlaku di dunia luar, lebih baik jika anda memanafaatkan waktu rehat tengahari. Bukan sekadar cuba menyiapkan tugasan tetapi anda juga boleh menggunakan masa ini dengan membaca surat khabar atau menonton televisyen. Setidak-tidaknya anda masih mengetahui peristiwa yang berlaku did dalam atau di luar negara, malah tidak timbul sebarang masalah jika anda diajak berbual oleh pihak atasan ataupun klien mengenai perkara tersebut.
  5. Layari Internet – Jika anda hanya memperuntukkan masa yang singkat untuk menjamah hidangan, baki waktu rehat anda bolehlah digunakan untuk melayari internet. Bukan untuk melawat laman borak sebaliknya gunakannya untuk tujuan meningkatkan kemampuan diri. Anda boleh melayari laman web yang kebanyakannya berbahasa Inggeris. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan keupayaan anda menggunakan Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapat apa sahaja informasi yang ingin anda ketahui hanya di hujung jari.

Sumber: Mingguan Wanita – April 08

1 Comment

  1. Ryan said,

    July 26, 2008 at 2:15 pm

    Hey Ai Ai,

    Gd day to you.

    Have you ever lost a mobile phone before? If you haven’t, then this guideline will be usefully to you as an extra precautionary measure. If you have, just like I did, then you know exactly how it feels to lose something that you completely rely on to use everyday. It makes you absolutely mad why such things happen! This guideline will equally provide you with useful tips as an extra precautionary measure.

    Activate your phone lock

    cellphoneReview the features of your phone. Grab the instruction manual that comes in the box packaging when you purchase a new phone and read thru the security section. Usually there are pin codes that you need to key in to enable to use of this feature. Then you can have this pin code changed for your personal use. Now every time you turn your mobile phone off, the phone will ask for this pin to open it.

    Have a back up address book

    One of the inconveniences of losing a mobile phone is back tracking the lists of contacts, numbers, emails, birthdays and address locations stored in your phone’s memory. Keep an extra record of your phone’s directory list. Sometimes your mobile phone’s SIM card gets corrupted or a virus creeps in when you use the Bluetooth feature of your phone that eats away at the memory. Make a duplicate copy of important information stored in your phone. Grab a pen and pad or use an excel spread sheet. You could also purchase or use an old SIM card and store your phone’s current information and use it as a back up.

    Mark your phone

    Inspect your phone. Look at the lead battery as well as the back area where you place it along with the SIM inserter. There usually is a series of numbers printed on both the phone and battery. Write these numbers down for future identification. It will be easier to identify your phone if you have these numbers. Another idea you could do is place an email address or a phone number in some space in your phone so just in case someone else finds it, hopefully he’s a good Samaritan, they can easily contact you to return it. Have this information on sticker or maybe use invisible ink.

    Browse the net for insurance information

    Search the web for your current service provider and determine if the offer insurance programs. Next, check if your phone unit qualifies for those insurance conditions. Sometimes you need to upgrade your phone services or there are other hidden fees to pay for to process the request. Then find an insurance coverage that you can afford. Of course, follow up your request.

    Contact your cell service provider

    As soon as you lose your phone, immediately call your mobile phone service provider. Request for them to block and deactivate the phone. This way, your phone would be of no use to thieves.

    File a police report

    Fill up a missing report and file it with the police department. Be specific to what type of phone was stolen, what time it happened, where it happened, and possible suspects. Filling a report will not only help you but help others as well who might fall victim for the same situation.

    Related Directory Categories:

    * Consumer Guides


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: