10 Tips Jika Bertengkar

Tiada siapa yang suka bertengkar, tetapi kadangkala situasi itu sukar dielakkan. Apabila terjadi pertengkaran pada diri anda, bagaimanakah anda menanganinya?

  1. Anda ornag dewasa yang sebenar. Ketika bertengkar, cuba bertenang danjangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.
  2. Anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. Sekirannya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.
  3. Anda bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia haangnya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.
  4. Anda tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topik yang tidka berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.
  5. Anda fikir dulu sebelum cakap, bak kata orang tua “Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa”.
  6. Anda sedia henti bertengkar. Ambil masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, anda pergi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati.
  7. Anda faham setiap maksud kata-katanya. Apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.
  8. Anda bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.
  9. Anda alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas, berjenaka yang berpada-pada sahaja.
  10. Anda diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia. Pertengkaran pasti tidak terjadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: