Nilai Kembali Hubungan Anda Suami Isteri

Walaupun sudah memasuki bulan kedua tahun baru namun belum terlambat lagi sekiranya anda ingin melakukan perubahan dalam perhubungan anda suami isteri. Tak terlewat juga untuk anda menilai kembali keadaan perhubungan kalian.

Tanyakan kepada diri anda soalan-soalan seperti, berapa kerapkah anda bertengkar atau bermasam muka pada tahun lalu, berapa kalikah anda berdua menghabiskan masa bersama dalam tempoh setahun yang lepas dan berapa kalikah anda memberi hadiah sebagai penghargaa kepada pasangan anda? Berapa kalikah anda membantu isteri dengan kerja-kerja di dapur serta beraap kalikah anda mengurut bahu suami tatkala dirinya sedang stress?

Perkara-perkara ini sebenarnya perlu dinilai agar segala kekurangan dan kelemahan dapat dikenalpasti. Dalam pada itu setelah mengenalpasti semua kelemahan dalam perhubungan anda lakukanlah tekad untuk memperbaikinya pada tahun ini agar rumahtangga anda berlangsung dengan harmonis, serta menyenangkan bukan saja untuk anda suami isteri tapi juga anak-anak. Lakukannya sebagai azam tahun baru anda dalampada itu berikut adalah beberapa usul yang boleh anda renungi untuk dijadikan sebagai salahsatu resolusi pada tahun 2008 ini.

  1. ‘Sayang saya ada masalah…” Alangkah bahagianya hidup jika punya pasangan hidup sekaligus rakan yang boleh berkongsi segala keluhan anda. Oleh itu, anda tidaklah perlu menghabiskan banyak wang membayar bil telefon untuk bersembang ataupun berkongsi cerita dengan rakan anda yang jauh. Tapi bagi menjadi teman yang boleh berkongsi cerita, anda sendiri perlu menjadi pendengar yang baik. Ketika pasangan anda sedang berbicara berikan tumpuan kepadanya. Dalam pada itu jika anda sedang bercakap di hadapannya, tataplah matanya. Buang tabiat buta endah tak endah bila suami ataupun isteri hendak memulakan cerita ataupun tabiat sibuk bersms sewaktu suami bercakap. Sikap ini sebenarnya akan hanya membantutkan niat pasangan untuk menjadi seoang yang lebih terbuka atau berterus terang. BERSAMBUNG…..

Sumber: Mingguan Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: