Harapan Wanita Kepada Lelaki

Untuk menjadi seorang lelaki idaman badan tidak perlu mempunyai tubuh badan sehebat jaguhbina badan serta otot-otot yang menarik. Sebenarnya ada sesuatu ‘keistemewaan’ yang dicari oleh wanita-wanita pada diri seorang lelaki. Mahu tahu?

Mempunyai tubuh badan hebat seperti Brad Pitt atau tubuh badan berotot seperti The Rock, memang perkara yang amat didambakan oleh setiap kaum lelaki. Tapi, itu tidak bererti wanita yang datang, akan suka dan jatuh cinta kepada anda. “Penampilan bukannya segalanya, yang penting adalah sifat dan perilaku,” begitulah kata-kata kebanyakan wanita masa kini. Tapi yang mengelirukan kaum lelaki, sifat dan perilaku seperti apakah yang kaum wanita dambakan daripada seorang lelaki?

  1. Perhatian – Senyum manis, pujian, sering bertanya khabar, baik saat bertatapan secara langsung atau melalui telefon, emel, atau sms adalah langkah-langkah yang tepat untuk meluluhkan hati jiwa wanitanya.
  2. Romantis dan Lembut – Buat dia berasa seksi dan feminin dengan pelukan hangat, belaian lembut dan ciuman mesra. Rendahkan nada bicara ketika berbual dengannya. Hal itu akan membuatnya merasa amat disayangi.
  3. Penuh Kejutan – Kaum wanita suka dengan kejutan terutama yang dilakukan oleh teman lelaki/suami mereka. Jadikan lelaki yang gemarkan kejutan, spontan dan penuh idea. Jangan lokek membelikan dia hadiah sesuatu sebagai kejutan. Tentu saja kejutan manis. Pasti akan berasa terharu dengan kejutan yang anda lakukan.
  4. Pengertian – Fahami betul-betul makna dari ucapan John Gray, iaitu ‘wanita berasal dari Venus, sedangkan lelaki dari Mars.” Itu ertinya, anda dan dia memang punya perbezaan yang signifikan. Tunjukkan bahawa anda memahami dirinya.
  5. Jaga Sikap dan Perlakuan anda – Wanita memiliki kadar cemburu yang begitu besar. Oleh itu, pandai-pandailah mengawal diri anda agar pasangan anda tidak akan makan hati dengan sikap anda yang kebiasaannya mudah mesra dengan kaum wanita.  Mencuba untuk setia dan mengutamakan dirinya, adalah cara yang paling tepat untuk meluluhkan hatinya.
  6. Dewasa – Meskipun wanita suka dengan humor, ketahuilah kaum wanita menyukai figura lelaki yang mempunyai sifat mirip ayahnya seperti dewasa, tegas, proaktif dan tahu cara menghormati seorang wanita. Oleh itu belajar-belajarlah untuk menghormati wanita. Apabila lelaki mempunyai sebahagian besar sifat itu, maka wajah tidak begitu menjadi masalah.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: