Lelaki Juga “Puasa Seks’

Betul! Kadang-kadang lelaki sama sekali tidak mahu melakukan hubungan seks sehingga isteri mengeluh dan memendam rasa. Mengapa jadi begini? Ini dia penyebabnya, mengapa lelaki memilih untuk ‘puasa seks’.

  1. Rawatan atau pengambilan ubatan – Ubat anti kemurungan dan buat penurun tekanan darah seing kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan menjadi penyebab berlakunya disfungsi seksual pada kaum adam ini.
  2. Kurang Tidur – Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga, pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan paangan untuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring pertambahan usia dan tempoh perhubungan itu sendiri, minat untuk berhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.
  3. Tekanan atau stress – Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan isu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.
  4. Kadar Hormon – Stimulasi fisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron, terlalu banyak prolaktin dan SHBG(Sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosteros, prolaktin, SHBG diperlukan.
  5. Takut Keintiman – Mungkin kedengaran aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.
  6. Masalah Identiti – Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan maka minatnya pada seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalah kemurungna atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.
  7. Hati Tersinggung – Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara yang  menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antara adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.
  8. Berbeza pendapat – Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih menghukum pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidudr hingga selesai konflik.
  9. Mastrubasi – Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.
  10. Fungsi seksual terganggu – Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat akan menghindari seks dengan pasangan. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum berperang, lebih baik tidak memulakan langsung.

Lelaki selalunya sentiasa berkeingnan untuk seks. Kalau boleh setiap hari mahu melakukannya. cuma si sisteri saja yang tidak mampu memenuhi kehendak dan hasrat tersebut. Tapi percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga menolak seks pasangannya? Nilai diri kita dan pasangan kita…

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: