Dilema Suami Bila Isteri Kerja Berbeza Waktu

Tuntutan kewangan di zaman yang serba maju ini sememangnya makin membebankan terutama sekali buat pasangan yang sudah mempunyai anak. Jika hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur, salah seorang saja yang mencari nafkah pasti tidak mencukupi.

Mahu tidak mahu, isteri perlu keluar bekerja bagi membantu kewangan keluarga. Ketika ini fenomena isteri bekerja sudah dilihat sebagai satu perkara yang biasa. Suami pula tidak lagi menganggap ia sebagai masalah sementelah di rumah ada bibik yang membantu atau ada pengasuh yang menjagakan anak. Tidak semua suami merasakan begitu. Ada juga yang menganggap isteri bekerja suatu masalah terutama jika waktu bekerja sang isteri berbeza dari suami. Sebagai contoh isteri terpaksa bekerja hingga lewat malam ataupun bekerja mengikut syif. Ada masanya isteri hanya habis bekerja pada awal pagi. Jika begini halnya bagaimana dengan suami dan anak-anak di rumah? Bagi pasangan suami isteri yang sedang mengalami dilema waktu kerja isteri seperti ini. Sebenarnya biar jam berapapun waktu kerja anda tamat semuanya bergantung kepada bagaimana anda mengendalikan rumahtangga. Memandangkan hal perbezaan waktu kerja boleh menimbulkan masalah, selalunya isteri akan awal-awal lagi memberi penjelasan kepada sang suami.

Anda sendiri tahu pulang lewat malam pasti akan membebankan suami. Mereka terpaksa mengambilalih tugas menjaga anak dan menyediakan makanan di rumah. Biarpun mungkin suami merelakan anda pulang lewat namun sebaiknya anda tidak terlalu bersenang hati kerana:-

  1. Mula Bosan Bertoleransi – Setahun dua mungkinu tidak mengapa tapi sebaik perkhawinan masuk tahun ketiga atau keempat dan rutin waktu kerja anda yang berbeza masih belum berubah suami selalunya akan cenderung merungut. Walaupun mereke dijelaskan tentang waktu kerja seawal berkhawin dulu tapi bila menyedari ada masalah yang timbu daripada perkara itu akan wujudlah perasaan tidak selesa. Suami akan mula berasa bosan dengan sikap toleransi yang selama ini diberikan terhadap isteri. Pada masa yang sama, suami mungkin mula membandingkan kehidupan dengan rakan-rakannya atau saudara mara yang punya itsteri bekerja pada waktu yang normal. Melihat kebahagiaan rakan dilayani isteri di waktu malam dan tidak terbeban dengan tanggungjawab menjaga anak, sekali lagi timbul perasaan tidak puas hati. Tatkala itu, mereka akan menyedari bahawa mereka sebenarnya tidak bersedia dari segi mental untuk menghadapi waktu kerja isteri yang berbeza. Persediaan mental ini walaupun dianggap remeh namun ia memang memberi kesan dalam menghadapi perubahan waktu kerja isteri.
  2. Fikirkan Pengorbanan Isteri – Perbezaan waktu kerja suami isteri memang membawa kesan dalam kehidupan rumahtangga. Apatah lagi buat suami yang sejak hari pertama lagi menganggap ia sebagai masalah, pasti akan berasa lebih terbeban. Tapi ini bukannya cara untuk suami menghadapi situasi ini. Bagi mereka yang memilih pasangan dengan waktu kerja berbeza seharusnya menyedari akan perbezaan tersebut dan yakin bahawa ia tidak akan memberi masalah. Tanamkan dalam fikiran bahawa waktu kerja hanya masalah kecil kerana yang pentingnya pekerjaan isteri itu dapat membantu keluarga. Fikirkan betapa isteri sanggup berkorban meninggalkan anak dan isteri demi membantu anda mencari nafkah dan bukannya sengaja mahu lari dari tanggungjawab. Pemahaman begini sudah tentu tidak akan merosakkan perhubungan suami isteri.
  3. Tidak Akan Mengubah Komitmen – Kadang-kadang masalah beza waktu kerja ini bukan hanya mengganggu keharmonian rumahtangga tapi juga pembahagian kerja di rumah. Suami terpaksa memikul tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh isteri sepreti menajga anak mahupun menyediakan makan dan kadang-kadang ada yang terpaksa melakukan lebih dari itu. Atas sebab ini suami yang tidak tertahan akan meminta penyelesaian yang mengikut keinginannya iaitu berhenti kerja atau bertukar profesion yang lebih sesuai waktu kerjanya. Bagi isteri yang mempunyai pendapatan besar atas pekrjaan nya selama ini sudah tentunya  penyelesaian ini dianggap suatu yang membuatkan dirinya serbasalah. Tapi ada juga suami yang berasa pokok masalah bukan terletak pada waktu kerja isteri yang berbeza tapi sebaliknya ketidakikhlasan terhadap pendapatan isteri yang lebih besar. Masalah ini uga dijadikan alasan untuk menuntut isteri berhenti kerja. Apabila masalahnya komunikasi dan kejujuran adalah penyelesaian. Jika perbezaan waktu kerja memang menjadi beban maka nasihat buat suami terus terang saja kepada isteri. Katakan bahawa anda memang keberatan jika isteri selalu pulang lewat. Tapi jika ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi, anda dan isteri mungkin boleh bincangkan aturan apabila isteri harus pulang lewat. Mungkin meminta ibu menjagakan si kecil atau isteri menyiapkan hidangan sebelum keluar.

Oleh itu usahakan agar masalah yang kecil tidak diperbesarkan.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

1 Comment

  1. Wayu said,

    July 12, 2008 at 11:04 pm

    Hello semua,

    Bestlah blog liferelax ni, banyak artikel yang boleh dibaca dan dijadikan panduan. Kawan-kawan jangan lepaskan peluang membaca setiap artikel ni k….

    aiaiu, kalau boleh tambah kategori bacaan untuk remaja dan perbanyakkan resipi……ma kasih..

    Wayu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: