Tip Kekal Intim Walaupun Ramai Anak

Anak ramai? Adakah ini menjadi punca hilangnya rasa intim bersama pasangan? Ketika memutuskan untuk mempunyai anak, tentu anda sudah membayangkan kebahagiaan yang pasti anda rasai ketika pertama kali menikmati wajah comel kurniaan Tuhan. Nah! namun jangan lupakan pasangan, intimlah seperti sebelum ini. Ada beberapa tip kita kongsikan bersama:-

  1. Jadikan anak sebagai objek yang boleh mengikat hubungan adna dan suami, urus anak secara bersama, berkongsi tanggungjawab dan bincangkan perancangan bagi projek masa depan mereka. Satukan visi dan misi untuk mencetak generasi yang soleh. Para suami tdiak semuanya sama sifat dan perangai. Ada yang terlalu berminat dan prihatin hingga sanggup menunggu anak belajar, dan sembahyang. Boleh dikatakan suami sebegini suka duduk di rumah (orang rumah), namun ada orang yang suka juga duduk di rumah tapi hatinya di tempat lain. Ada dan tiadanya tidak membawa apa-apa fungsi langsung bagi isteri dan anak.
  2. Displin mengatur jadual. Peranan isteri biasanya lebih menonjol sebagai menteri urusan rumahtangga. Sikap berlengah-lengah, tak menepati masa dan jadual berantakan boleh memporakperandakan gaya didikan dan asuahan yang semestinya diterapkan. Masa meraikan suami atau isteri jangan dilupakan, masa untuk diri anda sendiri juga penting untuk memberi kesegaran perasaan dan minda agar tidak tegang menghadapi karenah anak-anak. Jika isteri berkerjaya jangan lengahkan tugas di pejabat. Kalau beban terlalu banyak sementara rumah juga fokus utama anda, maka belajarlah membahagi masa dan prioriti yang mesti dipilih.
  3. Tunjukkan minat mendekati suami. Walaupun anak-anak ramai yang mesti dilayan tetapi sama sekali jangan dilupakan suami. Dialah raja di rumah anda dan andalah ratu bagi dirinya. Pastikan dia melihat anda sebagai kekasih yang sentiasa berghairah, ceria dan setia. Sentiasa berfikiran positif, enjoy dan buang rasa susah hati.
  4. Sentiasa tingkatkan ilmu keibubapaan, dekati agama, bergaul dengan kawan-kawan yang rajin, berdisplin dan pasangan yang berjaya. Mungkin anda boleh mendapatkan inspirasi daripada pengalaman mereka.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: