11 Mitos Mengenai Curang

Curang???!! Memang menyakitkan hait baik bagi lelaki mahupun wanita. Hati akan terluka dengan sikap pasangan dan kemaafan adalah sesuatu yang agak suka diungkapkan. Cuba semak 11 mitos tentang kecurangan yang sering dijadikan alasan bagi lelaki mahupun wanita.

  1. Tidak Bahagia Di Rumah – Ini antara cerita lama yang sering diperdendangkan oleh setiap orang yang mahu curang dengan pasangan mereka. Baik lelaki atau wanita akan mengaku yang mereka tidak bahagia dan mengharapkan simpati dari pasangan curang masing-masing untuk membahagiakan mereka. Perempuan khususnya akan menggunakan mitos ini dan lelaku juga begitu sekalipun tidak sebanyak wanita. 56 peratus lelaki curang mengakui mereka bahagia dalam perkhawinan manakala 34 peratus perempuan yang curang mengakui hal yang sama.
  2. Lelaki Lebih Banyak Menipu Dari Wanita – Kalau zaman dahulu, diakui lelaki memang lebih banyak curang dari wanita tapi pada zaman ini, bilangan mereka yang curang adalah sama. Alasan curang yang sering diiberikan lelaki, mereka sudah bertemu orang yang sesuai di hati malah ia sesuatu yang menyeronokkan. Kebanyakan bermula sebagai sahabat tetapi kemudian menjadi sebaliknya. Tapi bagi perempuan pula, mereka curang kerana merasa tidak lagi dihargai, pasangan tidak memahami malah merasakan diri diketepikan sebagai ibu dan isteri.
  3. Curang Kerana Seks – Kebanyakan lelaki yang curang semuanya menjurus ke arah hubungan seks. Bagi mereka, perhubungan gelap itu sesuatu yang menyeronokkan. Samalah seperti pencuri, selagi tidak ditangkap, mencuri itu memang seronok. Tapi apabila ditangkap, ke penjaralah jawapnya.
  4. Curang Bermakna Pasangan Sudah Tidak Sayang – Inilah persoalan yang biasa dibangkitkan oleh mereka yang teraniaya. Bagi mereka, pasangan curang kerana sudah tidak sayangkan diri mereka lagi tapi sebenarnya bukan itu sebabnya. Pasangan curang kerana mereka sebenarnya sudah tidak menghormati diri anda lagi. Tidak hormat hak anda yang sepatutnya.
  5. Tersalah Pilih Pasangan – Antara sebab kecurangan yang sering kita dengar adalah kerana tersalah pilih pasangan, pasangan yang tidak cocok, tidak mamahami sekaligus membuatkan kita mahu melakukan kecurangan setelah berjumpa orang yang sesuai. Sepatutnya sebelum berumahtangga, anda perlu memihlih orang yang benar-benar sesuai kerana apabila bertemu dengan orang yang sesuai, peluang untuk kita melakukan kecurangan sangat rendah sekali.
  6. Orang Yang Pernah Curang Akan Curang Lagi – Kita selalu memaafkan kecurangan pasangan setelah dia mengakui semua kesalahanya di hadapan kita. Sekalipun hati pedih untuk mengakui tetapi demi anak-anak, masa depan dan sebagainya, kita akan memaafkan. Tapi tahukah anda, mereka yang pernah curang, selalunya akan curang lagi. Inilah fakta dan realiti yang perlu anda fikirkan. Timbang-timbanglah.
  7. Mengaku Kalau Benar Anda Curang – Selalunya mereka yang curang akan pura-pura bahawa mereka tidak menjalin apa-apa hubungan dengan si dia(biasanya berlaku di pejabat). Kalau orang tahu anda curang dan kalau perhubungan itu belum sampai tahap melakukan hubungan seks, lebih baik saja anda mengaku dan putuskan hubungan sedia ada. Kembalilah kepada keluarga. Tapi hal ini patut ada diamkan saja sekiranya tiada yang tahu.
  8. Bukan Kecurangan Kalau Orang Tidak Tahu – Kecurangan akan mual tersebar kalau orang lain mengetahui hal ini. Terpulang kepada anda, mahu menipu atu tidak. Sekiranya anda merasakan hubungan anda tidak salah, maka teruskanlah dan kalau ia salah, hentikanlah agar tidak hati yang terluka.
  9. Tiada Hubungan Seks Bukan Curang – Orang selalu beranggapan, kalau tidak hubungan seks dilakukan, mereka tidak curang. Tapi tahukah anda, kesakitan emosi itu lebih mendalam berbanding kalau anda melakukan seks. 80 peratus orang yang curang bermula sebagai sahabat dan seterusnya mula menjalinkan hubungan gelap. 50 peratus wanita melakukan hal ini manakala 62 peratus lelaki juga melakukan hal yang sama. Bermula sebagai sahabat.
  10. Fantasi Mengenai Seseorang Bermakna Melangkah Ke arah kecurangan – Pakar terapi perkhawinan sering menyarankan pasangan yang sudah lama berkhawin agar berfantasi melakukan hubungan dengan orang yang mereka minati. Wanita mungkin boleh menahan gelodak nafsu mereka tetapi lelaki bila disuruh berfantasi untuk menyelamatkan perkhawinan, akan cenderung untuk merealisasikan fantasi tersebut. Sangat bahaya.
  11. Menipu Boleh Menyelamatkan Perhubungan – Tahukah anda, orang yang curang biasanya beranggapan, ia boleh menyelamatkan sebuah perhubungan rumahtangga mereka. Tetapi itu sebenarnya cerita orang yang mahu menutup kelemahan dan kesalahan diri mereka. Tahukah anda, kecurangan yang and lakukan akan menghakis rasa percaya dalam diri pasangan anda dan kesan emosinya sangat mendalam. Bagi anda, ia mungkin menyelamatkan keadaan tapi bagi mangsa kecurangan ini, ia sesuatu yang sukar diterima.

1 Comment

  1. james said,

    December 25, 2008 at 6:31 am

    ianya amat menyakitkan ,saya pernah melaluinya


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: