10 Tips Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga

Memang mustahil jika dikatakan sesebuah rumahtangga berjalan tanpa sebarang masalah. Namun tidak mustahil untuk mengekalkan sesebuah rumahtangga sehingga akhir hayat. Perkhawinan dibina atas perasaan cinta dan kepercayaan kedua belah pihak. Semoga 10 tips di bawah boleh membantu pasangan suami dan isteri.

  1. Hargai Pasangan – Jika pasangan anda mempunyai kekurangan yang tidak disukai, cuba untuk hargai kelebihannya. Jangan bercerita kepada sahabat atau rakan sekerja tentang kekurangannya. Biasanya maklum balas mereka boleh mencetuskan kebencian pada diri anda terhadap pasangan.
  2. Jadi Seorang Pendengar Yang Baik – Setiap kalli si dia bercakap, anda berpura-pura tidak mendengan malah makin asyik menatap kaca televisyen atau komputer di hadapan atau lebih buruk lagi pergi meninggalkannya. Jika mendengar sekalipun, anda kerapkali memotong percakapan dan kekal dengan pendirian tanpa menilai kata-katanya. Elakkan perkara di atas dan jadilah pendengar yang baik serta menerima pendapatnya.
  3. Ceriakan Kehidupan Seksual – Jangan kerapkali menolak setiap kali si dai mengajak untuk bersama. Elakkan memberi banyak alasan sehingga membuatkan si dia bingung dengan sikap anda. Hati-hati kehidupan seksual yang nyaris ‘mati’ boleh menganvam perkhawinan. Apatah lagi bila usia pernikahan masih lagi muda. Segera ajukan masalah tersebut kepada doktor, ahli psikologi atau psikiatri.
  4. Jangan Mencari Kesalahan Pasangan – Melihat dari sudut pandang mana pun, anda merasa pasangan selalu salah, dan andalah yang tahu bagaimana sepatutnya. Tidak mahu mengakui kesalahan juga termasuk dalam kategori ini. Kalaupun akhirnya mengaku, anda sedia dengan sederet alasan yang hujungnya tetap menyalahkan si dia. Sebaiknya, jawab pertanyaannya yang sederhana dengan jawaban yang logik dan ringkas, bukan melebar ke masalah lain.
  5. Tunaikan Janji – Jika anda sudahberjanji untuk memperbaiki sikap, jangan mengulangi kesalahan lalu. Jika sekali, boleh dimaafkan. Tetapi jika sudah berkali-kali, pasangan pasti akan bosan. Samakan kata-kata dengan perbuatan. Kalau benar-benar tidak mahu melakukannya, jangan berjanji palsu.
  6. Peka Terhadap Perasaan Pasangan – Jangan mengucapkan sesuatu yang boleh melukakan hati pasangan samaada secara serius atau gurauan. Anda sepatutnya peka terhadap sensitviti pasangan. Sebagai contoh, si dia tidak suka dengan gurauan tentang poligami, jangan menjadikana sebagai bahan gurauan. Perasaan perlu dihargai.
  7. Bersikap Jujur – Hindari kebiasaan berbohong dan menyimpan rahsia daripada pasangan anda. Sekali berbohong, anda harus melakukannya lagi untuk menutup kebohongan sebelum itu sehingga lama-kelamaan anda lalai. Hati-hati, perkara ini boleh merosakkan kepercayaan pasangan anda.
  8. Hindari Tabiat Buruk – Jika tahu diri anda punyai kebiasaan buruk, jangan terus saja melakukannya. Misalnya, anda selalu membuatnya menunggu berjam-jam setiap kali membuat janji temu, berdandan terlalu lama, atau malas membereskan rumah yang berserakan.
  9. Jangan Pentingkan Diri Sendiri Saja – Anda boleh membeli beg dan kasut mahal bila-bila masa sahaja dikehendaki, tetapi membebel dan mengomel ketika pasangan membeli beg untuk menggantikan miliknya yang sudah kusam. Anda juga tidak suka bila ada keluarga dan teman yang berkunjung ke ruma kerana malas untuk menjamu mereka makan. Bila pasangan mengajak menonton filem, anda sering menolak, tetapi selalu memaksanya menemani anda berbelanja.
  10. Banyakkan Bersabar – Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh pasangan, beri peluang kepadanya untuk membuat penjelasan. Jangan menuduh yang bukan-bukan kerana akhirnya anda sendiri malu bila mendapati keadaanya tidak seperti yang disangkakan. Sebaiknya, biasakan meredam emosi sehingga persoalan boleh dibincangkan dengan fikiran yang tenang dan jernih.

Sumber: Seleksi- Jun 2008

2 Comments

  1. james said,

    December 25, 2008 at 6:28 am

    tq 4 ur tips,ianya amat bererti bg rumahtngga saya

  2. aiai2u said,

    December 31, 2008 at 3:53 am

    Hai James,

    Merry X’mas 08 and Happy New Year 09.

    Terima kasih atas supports blog liferelax. Saya percaya, alam rumahtangga banyak cabaran, onak dan duri tapi terdapat pelbagai cara dan azimat dalam diri yang telah Tuhan kurniakan kepada kita untuk menangani dan mengatasinya. Terdapat beberapa tips rumahtangga, seks dan lain-lain masih boleh dibaca dan akan saya kongsikan daripada pembacaan saya. Cuma minta maaf beberapa waktu ni agak sibuk dan artikel2 yang lain belum dipost lagi.

    Ok..Thanks & take care.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: