Rawatan Awal Elak Barah Payudara

Di Malaysia, barah payudara adalah antara penyakit paling ditakuti wanita. Ia menyerang tanpa mengira umur. Menurut Pakar Bedah Jabatan Surgeri Hospital Universiti kebangsaan Malaysia(HUKM), Prof. Dr Jasmi Ali Yaakub, barah terjadi kerana sel bertindak di luar tabiat asalnya. Biasanya sel ini membuat pembahagian dengan kadar terkawal dan dihasilkan mengikut keperluan individu. Apabila sel melebihi keperlua, ia menghasilkan tisu berlebihan yang dipanggil ketumbuhan. Menurutnya ketumbuhan boleh dibahagia kepada dua jenis, iaitu benign(tumor bukan darah) dan malignan (tumor jenis barah).

“Benign tidak membahayakan, Barah payudara adalah ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula pada bahagian payudara. Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ seterusnya menyerangorgan dan tisu berhampiran. Proses jangkitan ini dikenali metasasis”katanya.

PUNCA

Prof. Dr Jasmi berkata, setakat ini tidak ada kajian tepat mengenai punca barah payudara. Penyelidik mengaikan punca utama ialah keturunan(genetik0 dan sporadic(tiba-tiba berlaku dalam keluarga yang langsung tidak menghidap barah payudara.

GOLONGAN BERISIKO TINGGI

Wanita harus memahami faktor yang menyumbang kepada barahh payudara antaranya:-

1. Wanita yang tidak hamil, samaada tidak berkhawin disebabkan penyakit dantidak boleh hamil. Keadaan ini berlaku kerana buah dada mereka tidak didedahkan kepada proses penghasilan susu.

2. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama, melebihi 30 tahun. Mereka lewat menggunakan payudara dalam proses penghasilan susu.

3. Wanita yang datang haid awal.

4. Wanita yang putus haid.

5. Ahli keluarga yang menghidap barah payudara.

6. Wanita berumur lebih 50 tahun. Namun kajian menunjukkan wanita berumur 35 tahun hingga 40 tahun juga berkemungkinan diserang barah payudara.

TANDA-TANDA

“Wanita harus peka kepada perubahan dan ukuran simetri payudara mereka. Biasanya payudara disebelah kanan lebih besar daripada kiri. Selain ukuran payudara, perubahan pada puting seperti kemerahan, tenggelam atau kulit berkedut dan menjerut disekitar puting adalah tanda yang harus diambil perhatian. Sekiranya ada tanda berkenaan, mereka perlu berjumpa doktor.

Setiap wanita harus tahu perubahan yang berlaku pada payudara mereka. Sekiranya ada ketulan kecil atau besar, mereka harus segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Jangan bersikap sambil lewa dan takut berjumpa doktor, sekiranya dibiarkan, ketumbuhan akan membesar dan menjadi busuk manakala puting pula lama-lama akan pecah, berdarah dan bernanah.

TAHAP PENYAKIT

Penyakit barah payudara boleh dibahagi kepada empat tahap iaitu:-

BERSAMBUNG…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: