Hal Ehwal Kewangan

MENGIKUT perangkaan statistik, wang menjadi punca utama pergaduhan di kalangan pasangan dan wang juga menjadi sebab utama kegagalan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana untuk mengelak daripada kejadian ini berlaku kepada anda dan pasangan. Jawapannya mudah, segalanya terpulang kepada komunikasi cemerlang di antara pasangan dan dari sudut kewangan, komunikasi berkesan hanya boleh dicapai melalui sistem pengurusan cemerlang.

Mulakan komunikasi kewangan di tahun baru

Ramai di antara kita yang berazam untuk mencapai sesuatu matlamat menjelang tahun baru dan tidak kurang yang mahukan perancangan kewangan yang lebih berkesan sebagai salah satu azam yang perlu dicapai. Bagi pasangan yang tidak mempunyai perancangan kewangan yang teratur di tahun sebelumnya, eloklah tumpukan perhatian membina sistem kewangan yang terancang secara berpasangan. Sebenarnya, setiap pasangan memerlukan bajet kerana ia membantu menjana komunikasi berkesan di antara anda berdua. Bertentangan dengan kepercayaan popular, bajet tidak menghalang anda berbelanja malah memungkinkan anda berbelanja dengan lebih bijak. Melalui bajet yang dibentangkan, anda dan pasangan boleh membanding, berbincang dan menganalisis kedudukan kewangan dan menentukan matlamat yang hendak dicapai. Sememangnya, tiada masa yang lebih tepat untuk anda membina komunikasi kewangan cemerlang selain di awal tahun baru!

Bina bajet anda bersama

Selain komunikasi berkesan di antara anda dan pasangan, membina bajet bersama juga memungkinkan anda berdua mengawal perbelanjaan dengan tidak menyerahkan tanggungjawab membayar bil hanya kepada seorang. Tanpa sistem kewangan yang berkesan, pasangan yang tidak dipertanggungjawabkan membayar bil selalunya tidak mengetahui apakah yang berlaku dan tidak memahami kedudukan kewangan anda berdua. Keadaan akan menjadi rumit jika pasangan yang mengawal bajet jatuh sakit atau terpaksa berpergian atas urusan perniagaan. Sekurang-kurangnya dengan membina sistem kewangan bersama, setiap daripada anda boleh mengambil alih serta merta dalam menangani hal ehwal kewangan.

Bajet tidak menghalang anda berbelanja

Barangkali, sebab utama mengapa pasangan keberatan untuk membina bajet ialah kerana beranggapan ia seperti “diet” yang hanya berkesan dengan berkorban mengawal selera makan. Sememangnya “berjimat” adalah nasihat yang sering diutarakan. Tetapi sebenarnya, bajet membolehkan anda meningkatkan perbelanjaan melalui perancangan yang teliti dan teratur. Ia mungkin sesuatu yang pelik tetapi anda boleh mendapatkan semula wang anda dengan bajet!. Malangnya, stigma bajet sebagai sesuatu yang menyeksakan telah berakar umbi di fikiran dan amat sukar bagi seseorang individu untuk menganggapnya hanya sebagai satu alat yang memudahkan kehidupan, sama seperti apa yang diperolehi daripada mesin basuh, komputer dan radio.

Bagaimana memulakan bajet bersama

Sebelum anda berbincang mengenai bajet, anda perlu terlebih dahulu memahami corak perbelanjaan pasangan anda. Berikut disenaraikan enam soalan yang anda perlu tanyakan kepada pasangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan corak perbelanjaannya.

Enam soalan yang perlu ditanya:

1. Corak kewangan peribadi
Berapa banyak tunai yang dibawa setiap hari
Kad jenis apakah yang dipakai? Kredit? Debit? ATM?
Apakah jenis akaun bank yang dibuka? Simpanan? Tetap?
Bincangkan juga falsafah kewangan secara umum

2. Kebiasaan berbelanja
Bagaimana biasanya pasangan anda berbelanja?

3. Logistik pengurusan kewangan
Adakah pasangan anda mempunyai bajet peribadi? Menyimpan resit? Berkebolehan mengira cukai sendiri? Mempunyai sistem fail?

4. Sejarah hutang
Pernahkan pasangan anda meminjam wang? Dari siapa/mana? Untuk apa?
Adakah beliau mempunyai masalah menyelesaikan hutang?

5. Pelaburan
Apakah jenis saham, pelan persaraan dan lain-lain bentuk pelaburan yang dimiliki pasangan anda?
Bagaimana beliau membuat pilihan dan siapakah yang dinamakan sebagai pewaris?

6. Insurans
Adakah pasangan anda mempunyai insurans nyawa? Kesihatan? Auto? Rumah?
Apakah yang termaktub di dalam?
Siapakah yang dinamakan sebagai pewaris?

Soalan-soalan di atas mungkin tidak pernah ditanyakan kepada pasangan anda. Namun, untuk menikmati kehidupan berpasangan yang lebih berkualiti anda perlu mendapatkan jawapan kepada persoalan di atas. Sesetengah soalan bersifat lebih sensitif berbanding lain, tetapi ia penting untuk diutarakan bagi membina perancangan kewangan yang terjamin dan bersepadu. Yang paling penting, kefahaman bersama perlu dicapai untuk anda melayari tahun baru dengan lebih yakin. Selamat tahun baru!

Artikel sumbangan ACCA.

Sumber Dari : Berita Harian Online

4 Comments

  1. rainder said,

    September 20, 2008 at 7:43 am

    Ada duit bolehla belanja sana sini. Yang penting pandai bajet.

  2. Lin said,

    September 20, 2008 at 3:29 pm

    Rainder, saya setuju dengan pendapat kamu. Untuk financial kukuh, semestinya rajin berusaha supaya boleh berbelanja sana sini. Namun kita jangan lupa harus pandai mengatur bajet juga. Selamat berbelanja!

  3. bethzel said,

    September 25, 2008 at 1:55 am

    adui…. untung sa terbaca artikel nih… thanks aiai… memang bernas….hmmm end of year sudah ni…. mo panggil ahli dewan keluarga lar ni…. mo bentang bajet keluarga tahun 2009…… hehehe

  4. aiai2u said,

    September 25, 2008 at 3:00 pm

    Hai…bethzel,

    terima kasih masa terluang untuk membaca artikel liferelax ni. heheh ngamlah, bolehlah artikel kewangan ni dikongsikan dengan keluarga. Bolehlah buat family gathering untuk bentang bajet heheheh… Sesuai dengan saranan Pak Lah.heheh. Senang2 layarilah liferelax.com untuk baca-baca artikel yang lain k.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: