Petua Mengukuhkan Kedudukan Kewangan Wanita

Wanita lazimnya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mempercepatkan langkah ke arah menikmati kedudukan kewangan yang lebih baik. Mempercepatkan langkah bermakna perlu mempertingkatkan pendapatan mereka supaya mereka mempunyai lebih banyak wang untuk disimpan dan dilaburkan bagi mencapai matlamat kewangan mereka dalam tempoh masa singkat. Di sini ada beberapa cara wanita boleh menambah pendapatan:

  • Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan

Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.

  • Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang
    Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah wanita pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa wanita lazimnya berjaya dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.
  • Cari peluang di sekeliling anda

    Perhatikan di sekeliling anda dan cari jenis perkhidmatan yang boleh disediakan untuk kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara dengan bayaran yang berpatutan. Misalnya, menjaga anak kawan-kawan, membersihkan halaman jiran, memberikan tiusyen atau menjaga haiwan kesayangan kawan-kawan atau saudara mara. Semua perkhidmatan ini boleh dijadikan pendapatan sampingan dan boleh dilakukan di rumah sendiri. Ibu-ibu tidak perlu bimbang meninggalkan anak-anak mereka di rumah tanpa penjagaan.
  • Kitar semula dan dapat wang

Jika anda tidak mempunyai kemahiran atau hobi yang boleh dikomersialkan atau boleh menghasilkan pendapatan sampingan, satu lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat wang ialah menjual barang-barang yang boleh dikitarkan semula seperti surat khabar, majalah, botol plastik, tin makanan atau tin aluminium kepada pusat kitar semula. Contohnya, pusat kitar semula biasanya membayar 16 sen untuk 1 kg surat khabar lama. Jika anda boleh menjual surat khabar lama seberat 100 kg (yang boleh anda kutip daripada jiran-jiran dan kawan-kawan) anda mendapat RM16. Walaupun tidak seberapa, tetap merupakan pendapatan sampingan bagi anda. Dengan cara ini, anda dapat duit daripada barang-barang yang hendak dibuang. Malah, dengan mengumpulkan barangan kitar semula daripada jiran-jiran dan rakan-rakan, anda membantu mereka membuang semua barangan yang tidak diperlukan di rumah mereka. Sekarang ini, tidak ramai yang ada masa untuk menghantar sampah mereka ke pusat kitar semula. Jadi, dengan menawarkan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja membantu memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sumber-sumber alam semula jadi tetapi juga mendapat duit.

  • Melanjutkan pelajaran

Wanita perlu berazam untuk mendapat pekerjaan yang bergaji lumayan supaya dapat mencapai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bergantung kepada orang lain. Peluang untuk mencari kerja yang lebih baik, peningkatan kerjaya dan kenaikan pangkat boleh dicapai dengan mempunyai kemahiran dan kelulusan yang diperlukan. Jika anda mampu membayar yuran tiusyen atau perbelanjaan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran, mungkin sekaranglah masa yang tepat untuk berbuat demikian sebagai persediaan untuk mencari peluang pekerjaan lebih baik yang memerlukan kemahiran dan kelulusan tertentu. Contohnya, jika kelulusan tertinggi anda ialah SPM, anda boleh melanjutkan pelajaran dengan mengikuti kursus di peringkat sijil atau diploma. Anda juga patut mendapatkan maklumat mengenai pembiayaan yang diperlukan seperti biasiswa dan pinjaman pelajaran.

  • Bina satu rangkaian kerja

Sebagai wanita, anda dianggap sebagai peramah dan mudah berkawan. Gunakan tanggapan ini dengan mendekatkan diri kepada wanita lain dan bentuk satu kumpulan yang boleh memberikan sokongan moral, persahabatan, peluang-peluang perniagaan, serta pusat sumber bagi wanita untuk bertukar-tukar idea dan maklumat, mendapatkan nasihat pelaburan dan strategi pemasaran.

Akhir sekali, wanita mesti mempunyai semangat dan keazaman untuk mencapai kedudukan kewangan yang lebih baik kerana sia-sia sahaja jika mempunyai pengetahuan mengenai cara meningkatkan pendapatan tetapi tidak ada semangat untuk mencapainya.

Sumber dari: by http://www.min.com.my(e-homemaker.com.net)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: