Displin Pada Seks Dalam Rumahtangga

manner

1. Luangkan masa untuk pastikan diri tampak ghairah

Bagi pasangan yang telah lama berumah tangga, mereka cenderung membiarkan diri kelihatan selekeh tanpa memikirkan pandangan pasangan terhadap diri mereka. Perhatikan ketika pasangan anda naik ke tempat tidur dengan wajah yang dipenuhi dengan jambang yang baru tumbuh atau tidak mandi mahupun menggosok gigi. Tidakkah anda terfikir pasangan anda akan memperhatikan perkara seperti ini? Anda mungkin merasa ghairah, namun jika anda mengambil mudah hal penampilan ketika bersama pasangan adakah anda rasa pasangan ghairah untuk bercinta?

2. Minta apa yang anda inginkan

Adalah tidak bijak atau tidak benar jika anda menyerahkan diri anda kepada pasangan anda seraya berkata, “Ini tubuhku fikirkan apa yang mampu kamu lakukan dengan tubuhku ini.” Alasannya jika anda tidak tahu bagaimana cara meminta apa yang anda inginkan, anda pasti tidak akan mendapatkannya. Alasan lain, jika anda tidak membantu pasangan untuk memuaskan diri anda sendiri, maka anda akan membuat pasangan gagal menjalankan tugasnya. Keadaan ini akan yang menyebabkan timbulnya sikap saling salah menyalah kemarahan dan tuduh menuduh. Jika anda memiliki keberanian dan rasa percaya diri untuk meminta, itu akan membantu pasangan anda untuk melakukan hal yang sama.

3. Pastikan pasangan anda setuju

Anda harus memastikan bahawa pasangan anda setuju untuk melakukan hubungan seksual ketika anda menginginkannya. Persetujuan ini amat dituntut dan penting dalam memastikan keharmonian aspek kehidupan seksual. Jika melakukannya tanpa persetujuan anda telah melanggar etika seks yang paling utama.

4. Terima penolakan pasangan anda

Jika pasangan anda tidak dapat atau tidak mahu memberikan apa yang anda inginkan (misalnya seks oral), adalah tidak bijak jika anda bersikap memaksa atau menggertak pasangan anda untuk melakukannya. Memaksa pasangan, mengancamnya akan membuat dirinya merasa tidak berharga. Penolakan pasangan tidak berlaku untuk selamanya. Tidak salah untuk memintanya di lain waktu dengan cara yang baik dan tidak memaksa.

5. Jangan lupa mengucapkan terima kasih

Jika anda boleh mengucapkan terima kasih kepada pelayan di restoran kerana menyediakan makanan untuk anda, tidakkah seharusnya anda berterima kasih kepada pasangan anda atas kesediaannya, yang sudah tentu lebih penting dari pada itu. Ada banyak cara untuk mengucapkan terima kasih dan beberapa cara terbaik tidak memerlukan kata-kata.

6. Jagalah rahsia kamar tidur anda

Apa yang berlaku semasa hubungan seks bersama pasangan adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan harus dirahsiakan. Jangan sesekali menceritakan apa yang berlaku di ranjang kepada rakan termasuklah teman baik anda sendiri.

7. Layan pasangan

Apa pun aturan yang paling utama adalah melayan pasangan seperti anda berharap pasangan melayani anda. Sekiranya anda berkehendakkan pasangan melayani diri anda dengan lembut dan romantik semasa hubungan intim maka andalah yang terlebih dahulu melayani pasangan anda dengan cara ini. Pasangan pasti akan membalas dengan cara yang sama.

Sumber : Majalah Wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: