Kongsi Pendapat…..

Hai kawan-kawan,

Ingin cenderahati, hadiah untuk Perkhawinan, pertunangan, birthday, kenduri gunting rambut anak dan apa saja parties… aiai2u menyediakan hasil tangan wangian dan hiasan untuk itu. Harga yang berpatutan dan menarik…

Share pengalaman sikit, majlis perkhawinan saya pada 2007, saya telah berikan kepada tetamu door gift iaitu potpori dan sabun dalam sudu. Lebih kurang 500 jemputan hehehe… seronoknya… jimat kos buat sendiri. Lepas tu kawin lagi adik perempuan, saya telah ambil tempahan dia sebanyak 300 biji untuk door gift perkhawinannya.  Senang ja buat tu, semua pun pandai buat tapi yang penting MENANG TANGAN! kenalah korbankan masa sedikit…

Setakat ini, saya telah mendapat tempahan dari Semporna, Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Menggatal dan beberapa daerah yang lain bagi tujuan cenderahati perkhawinan, majlis tunang, kenduri potong rambut  Dibuat di rumah saja, sambil membuai-buai baby nakal saya(ai ai), bolehlah buat tempahan dari saudara-saudara, kawan-kawan, kawan punya kawan hehehe… Read the rest of this entry »

Beautiful Housewife

Jom, para surirumah.. Walaupun sibuk-sibuk menguruskan rumahtangga, suami dan anak. Semasa berehat, ambillah peluang untuk mempertingkatkan diri dengan mencantikkan wajah semua sentiasa dipandang manis oleh suami hehhee….heheh.. Di sini aiai2u ingin berkongsi petua-petua untuk kelihatan ayu sentiasa walaupun dalam kesibukan. Aik….bukan surirumah ja, tapi untuk semua wanita-wanita di luar sana… Lagi petua ni cut cost… kurang kos…. mari kita cuba sama-sama!

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
Read the rest of this entry »

PENGORBANAN UNTUK MENJADI SURIRUMAH? APAKAH IANYA MEMBOSANKAN?

Berkorban menjadi seorang surirumah sepenuh masa sememang sesuatu yang merunsingkan di kalangan wanita. Namun, sebelum membuat keputusan menjadi surirumah, wanita haruslah berfikir dan merancang masa dan aktiviti sebagai surirumah. APA PENDAPAT ANDA DI LUAR SANA? Jom kita kongsi pendapat, kepada mereka yang telah menjadi surirumah dan merancang menjadi surirumah, kita berkongsi idea dan pendapat apakah aktiviti-aktiviti agar kita tidak merasa bosan dan tertekan di rumah di samping menjaga suami dan anak-anak?

Bekerja dari Rumah: Mimpi Jadi Kenyataan

‘Orang miskin bukanlah mereka yang tidak berwang, tetapi mereka yang tiada impian’ – Harry Kemp

Keinginan saya untuk bekerja dari rumah bermula semasa kandungan saya berada di trimester ketiga. Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk meluangkan lebih masa di rumah dengan keluarga saya, dan pada masa yang sama masih boleh berkerjaya. Saya mencari pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah, yang menawarkan masa yang fleksibel dan yang boleh menghasilkan pendapatan yang selesa.

Saya menghubungi banyak syarikat dan cuba menjual idea saya supaya saya dapat bekerja dari rumah. Saya pergi ke syarikat dotcom, pemasaran bertingkat, firma penerbitan dan kedai buku kanak-kanak. Kesemuanya agak skeptikal kerana mereka mementingkan kehadiran di pejabat. Walaupun menerima banyak penolakan, saya tidak berputus asa. Saya dapat merasakan bahawa kerja impian saya ada di luar sana. Saya hanya perlu mencarinya.

Hanya apabila anak lelaki saya sudah berumur 6 bulan, barulah saya tahu mengenai Asian-family.com melalui seorang rakan. Saya menghantar resume saya dan dua minggu kemudian saya menerima tawaran sebagai Editor Urusan bagi stesen radio keluarga yang pertama di Internet. Lebih menarik lagi, saya dapat bekerja dari rumah! Hari ini, dua tahun kemudian saya adalah pengarah syarikat tersebut. Read the rest of this entry »

Pengakuan Seorang Ibu Sepenuh Masa

Saya memutuskan untuk menjadi ibu sepenuh masa sewaktu saya mengandungkan anak sulung saya. Tidak susah bagi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja, kerana memang menjadi hasrat saya untuk sentiasa bersama anak-anak saya, terutamanya pada tempoh tumbesaran mereka. Ibu saya sentiasa berada di samping saya semasa saya membesar, dan begitulah juga, saya ingin berada di sisi anak-anak saya sewaktu mereka pula membesar. Sebagai persediaan untuk menjadi ibu yang cemerlang, saya banyak membaca buku-buku mengenai keibubapaan dan perkembangan anak-anak. Seperti ibu-ibu lain, saya mahukan anak-anak saya mempunyai permulaan hidup yang baik.

Saya tidak menduga betapa beratnya tugas seorang ibu sepenuh masa. Jadual waktu harian saya kini dipenuhi dengan urusan menjaga bayi, menyiapkan makanan, membasuh pakaian dan memastikan rumah saya sentiasa bersih dan kemas. Semuanya saya lakukan sendiri. Waktu bertugas saya kini adalah 24 jam. Keperluan si bayi menjadi keutamaan dan segala tugas lain saya lakukan dengan tergesa-gesa ketika dia sedang tidur. Tak hairanlah saya mula dapati diri saya terbeban dengan begitu banyak tugas. Pada penghujung hari, saya begitu letih dari segi fizikal dan mental. Tak ada peluang langsung untuk mendapat tidur malam yang cukup dan merehatkan, kerana bayi saya akan bangun dua atau tiga kali, sama ada untuk disusui, ditukarkan lampin atau dibelai. Bila menjelang pagi, rutin yang sama akan berulang dan saya tidak nampak jalan keluar dari pusingan yang meletihkan ini. Tugas seorang ibu yang sepatutnya memberi saya kepuasan, kini terasa amat membebankan.

Berikut adalah satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan. Saya merancang untuk menjemput beberapa orang kawan ke rumah untuk makan malam. Sungguhpun mereka mencadangkan agar masing-masing datang membawa makanan, saya, yang terasa diri saya hebat, bertegas untuk memasak. Dan walaupun ketika itu krisis meluas catuan air tahun 1998 dulu sedang berlaku, saya yakin ia tidak akan mendatangkan masalah. Pagi-pagi lagi saya telah bangun untuk memulakan persiapan seperti memotong, menumbuk dan memerap bahan-bahan masakan. Saya akan mula memasak semasa anak saya tidur selama dua jam di waktu tengah hari nanti. Saya perasan bahawa bekalan air telah hampir habis, jadi saya berikan ia keutamaan dengan menadah air sebaik sahaja anak saya terlelap.

Tanpa disangka, segala rancangan saya telah terganggu. Anak saya meragam pula pada hari itu. Waktu tidurnya berlalu tanpa ia berehat sedikit pun, dan saya tidak dapat menenangkannya. Saya pun mulalah berasa gelabah. Bekalan air yang ditunggu-tunggu pula tidak tiba. Masa untuk jamuan makan malam semakin hampir. Saya rasa amat kesal terhadap diri sendiri dan akhirnya terpaksa mengaku kalah dan membatalkan jamuan itu. Berbagai-bagai ingatan bermain di fikiran saya. Satu hari telah terbuang begitu sahaja tanpa satu pun rancangan saya terlaksana. Keadaan rumah tunggang-langgang, kain masih belum dijemur dan tangisan anak kecil saya seakan-akan pukulan penukul ke atas benak saya. Saya berasa bingung dan kecewa terhadap diri sendiri. Sambil menatap wajah di cermin, saya menjerit, “Mana silapnya?” Dan di saat itulah baru saya benar-benar menyedari betapa berat tanggungjawab seorang ibu sepenuh masa.

« Older entries