Kongsi Pendapat…..

Hai kawan-kawan,

Ingin cenderahati, hadiah untuk Perkhawinan, pertunangan, birthday, kenduri gunting rambut anak dan apa saja parties… aiai2u menyediakan hasil tangan wangian dan hiasan untuk itu. Harga yang berpatutan dan menarik…

Share pengalaman sikit, majlis perkhawinan saya pada 2007, saya telah berikan kepada tetamu door gift iaitu potpori dan sabun dalam sudu. Lebih kurang 500 jemputan hehehe… seronoknya… jimat kos buat sendiri. Lepas tu kawin lagi adik perempuan, saya telah ambil tempahan dia sebanyak 300 biji untuk door gift perkhawinannya.¬† Senang ja buat tu, semua pun pandai buat tapi yang penting MENANG TANGAN! kenalah korbankan masa sedikit…

Setakat ini, saya telah mendapat tempahan dari Semporna, Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Menggatal dan beberapa daerah yang lain bagi tujuan cenderahati perkhawinan, majlis tunang, kenduri potong rambut¬† Dibuat di rumah saja, sambil membuai-buai baby nakal saya(ai ai), bolehlah buat tempahan dari saudara-saudara, kawan-kawan, kawan punya kawan hehehe… Read the rest of this entry »

Petua Mengukuhkan Kedudukan Kewangan Wanita

Wanita lazimnya tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mempercepatkan langkah ke arah menikmati kedudukan kewangan yang lebih baik. Mempercepatkan langkah bermakna perlu mempertingkatkan pendapatan mereka supaya mereka mempunyai lebih banyak wang untuk disimpan dan dilaburkan bagi mencapai matlamat kewangan mereka dalam tempoh masa singkat. Di sini ada beberapa cara wanita boleh menambah pendapatan:

  • Jadikan hobi sebagai perniagaan yang menguntungkan

Jika anda mempunyai hobi yang anda benar-benar bagus dalam melakukannya, anda mungkin boleh menggunakan hobi itu sebagai punca pendapatan. Pelajari tentang asas kewangan dan perniagaan di rumah, supaya anda tidak melakukan kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan amatur dan kehilangan modal yang dilaburkan dalam perniagaan itu. Jika semuanya berjalan dengan baik, hobi anda boleh bertukar menjadi perniagaan yang berjaya.

  • Bina kemahiran yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang
    Jika anda tidak mempunyai hobi yang boleh dijadikan duit, berusahalah untuk mendapatkan kemahiran yang perlu, yang boleh dikomersialkan pada masa akan datang. Jika anda tidak tahu apa kemahiran yang anda ada, cari sesuatu yang anda minati dan bina kemahiran dalam bidang itu. Sebuah majalah wanita pernah menyiarkan satu artikel yang menyatakan bahawa wanita lazimnya berjaya dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan, misalnya penyediaan makanan, rawatan muka di rumah, mencuci rumah, menjahit, kerja tangan dan banyak lagi.
    Read the rest of this entry »

APAKAH TIPS DAN CARA UNTUK RAMBUT

Hai, Sungguh mantap blog ini dan sangat berguna untuk saya dan juga para surfer yang lain. Saya ingin bertanya jika ada tips-tips dan cara-cara yang betul untuk meluruskan rambut dan mewarnakan rambut sendiri dirumah. Jika ada tidaklah perlu penggemar gayaan rambut seperti saya dan juga diluar sana pergi ke saloon dgn dikenakan bayaran yang mahal. Boleh dibuat sendiri dirumah dgn budget yang murah.

Hal Ehwal Kewangan

MENGIKUT perangkaan statistik, wang menjadi punca utama pergaduhan di kalangan pasangan dan wang juga menjadi sebab utama kegagalan perkahwinan. Persoalannya, bagaimana untuk mengelak daripada kejadian ini berlaku kepada anda dan pasangan. Jawapannya mudah, segalanya terpulang kepada komunikasi cemerlang di antara pasangan dan dari sudut kewangan, komunikasi berkesan hanya boleh dicapai melalui sistem pengurusan cemerlang.

Mulakan komunikasi kewangan di tahun baru

Ramai di antara kita yang berazam untuk mencapai sesuatu matlamat menjelang tahun baru dan tidak kurang yang mahukan perancangan kewangan yang lebih berkesan sebagai salah satu azam yang perlu dicapai. Bagi pasangan yang tidak mempunyai perancangan kewangan yang teratur di tahun sebelumnya, eloklah tumpukan perhatian membina sistem kewangan yang terancang secara berpasangan. Sebenarnya, setiap pasangan memerlukan bajet kerana ia membantu menjana komunikasi berkesan di antara anda berdua. Bertentangan dengan kepercayaan popular, bajet tidak menghalang anda berbelanja malah memungkinkan anda berbelanja dengan lebih bijak. Melalui bajet yang dibentangkan, anda dan pasangan boleh membanding, berbincang dan menganalisis kedudukan kewangan dan menentukan matlamat yang hendak dicapai. Sememangnya, tiada masa yang lebih tepat untuk anda membina komunikasi kewangan cemerlang selain di awal tahun baru!

Bina bajet anda bersama

Selain komunikasi berkesan di antara anda dan pasangan, membina bajet bersama juga memungkinkan anda berdua mengawal perbelanjaan dengan tidak menyerahkan tanggungjawab membayar bil hanya kepada seorang. Tanpa sistem kewangan yang berkesan, pasangan yang tidak dipertanggungjawabkan membayar bil selalunya tidak mengetahui apakah yang berlaku dan tidak memahami kedudukan kewangan anda berdua. Keadaan akan menjadi rumit jika pasangan yang mengawal bajet jatuh sakit atau terpaksa berpergian atas urusan perniagaan. Sekurang-kurangnya dengan membina sistem kewangan bersama, setiap daripada anda boleh mengambil alih serta merta dalam menangani hal ehwal kewangan. Read the rest of this entry »

Elakkan Pembaziran Kekalkan Penjimatan Tenaga Elektrik

Jika anda bijak dan tegas dalam perbelanjaan, anda pasti mampu mengetepikan wang bajet bil untuk simpanan lain. Walaupun sedikit yang dapat anda kurangkan, pulangannya tetap ada. Biarpun RM1 sehari.

Tip di bawah mampu membantu anda menjadi tegas agar tidak terus membazir wang.

  1. Apabila memasak terutama ketika merebus, tutuplah periuk agar makanan cepat masak. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan penggunaan gas dan elektrik. Read the rest of this entry »

« Older entries