SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Kepada kawan-kawan dan surfers di luar sana, aiai2u mengambil kesempatan mengucapkan

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008”.

Pada yang balik kampung dan driving tu, sentiasa cermat dan berhati2, periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan…penting pakai tali keledar!! Jangan kelam kabut, tempat dituju pasti akan sampai tu. Kepada yang tidak driving dan menumpang tu, kalau sedar ‘bus driving’ laju bawa kereta tu, jangan segan tegur mereka kerana keselamatan adalah untuk semua penumpang juga.

Berkongsi dengan aiai2u, tidak ada banyak perancangan raya ni, tapi mama leeshawn sudah invite beraya di rumah parent dia di Tuaran…wah seronoknya! Ini plan raya pertama, raya ke-2 dan ke-3 mungkinĀ  berkunjung ke rumah kawan2 berdekatan, mengeratkan silaturahim….dan makan kuih raya hehehe, kita ni menunggu krismas….. Apapun kepercayaan, kita di Malaysia ni hidup harmoni dengan berkongsi setiap perayaan.

Wokay, jangan lupa cerita-cerita perjalanan semasa raya k. Nanti aiai2u akan berkongsi macamana beraya di rumah parent mama leeshawn, tahun lalu ada soto, kolupis hahaha tidak tahu apa nama juadah tu…. banyak lagi… nanti tangkap gambar!

Selamat Beraya dan jangan lepaskan peluang makan kuih banyak2 ehee..

dari,

aiai, mummy ai & daddy ai

Advertisements