Membersihkan Beras


Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali krana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya akan hilang.

Beras Tidak Bermutu

Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu, cubalah petua ini untuk mengatasinya :-
Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa. Nasi akan menjadi lembut dan sedap di makan.

Air Beras Untuk Buat HAMCHOI..

  1. Ada lagi 1 khasiat air beras. Simpan cucian air beras yang petama. Cuci sayur pahit kemudian jemur selam 1-2 jam dibawah matahari terik. Air beras tadi di didihkan kemudian tos. Biarkan sejuk. Masukkan sayur tadi kedalam botol kemudian masukkan garam. Tuangkan air beras tadi. Tutup dan simpan selama 3-4 hari. Jadilah jeruk sayur (Hamchoi)

Menarik Pada Beras?

  1. Cubalah petua ini, 15 helai daun limau purut dan masukkan daun ke dalam bekas beras disimpan. Wangian pada daun tersebut akan mencegah dan menghalau kutu-kutu serta serangga yang ada di dalam bekas tersebut.
  2. Beras harus disimpan di tempat yang kering. Beras yang disimpan lama akan mengundang kutu dan bubuk. Untuk mengatasi masukkan tangkai cili kering ke dalam beras. Read the rest of this entry »