Inginkan Tip-tip Atasi Panas Baran?

Senyumlah…

PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.

Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.

Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.

Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.

Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, terdapat tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.

Ikuti latihan dan kegiatan sukan

Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

Meningkatkan kekerapan bersenam

Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan. Read the rest of this entry »

Advertisements

Bahaya Panas Baran

Adakah semua orang memiliki sifat panas baran?

Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi?

Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah.

Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan?

Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah. Read the rest of this entry »

Kebaikan Berhenti Merokok



20 minit – Tekanan darah dan denyutan nadi turun ke kadar biasa. Suhu kaki dan tangan kembali biasa.
8 jam – Kadar karbon monoksida dan oksigen dalam darah menurun kepada biasa.
24 jam – Peluang mendapat sakit jantung menurun.
48 jam – Sel saraf kembali berkembang. Deria bau dan rasa bertambah baik.
2 minggu hingga 3 bulan – Pengaliran darah bertambah baik. Lebih mudah berjalan. Fungsi paru-paru meningkat 30 peratus.
1 bulan hingga 9 bulan – Batuk, sinus, keletihan dan sesak berkurangan. Cilia (rerambut halus) dalam paru-paru tumbuh semula untuk menangani masalah lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.
1 tahun – Risiko penyakit arteri koronari menurun 50 peratus berbanding perokok.
5 tahun – Kadar kematian akibat kanser paru-paru menurun. Risiko mendapat angin ahmar sama seperti bukan perokok. Risiko mendapat kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas menurun.


Sumber: ceriterahidup.blogspot.com

Kongsi Pendapat…..

Hai kawan-kawan,

Ingin cenderahati, hadiah untuk Perkhawinan, pertunangan, birthday, kenduri gunting rambut anak dan apa saja parties… aiai2u menyediakan hasil tangan wangian dan hiasan untuk itu. Harga yang berpatutan dan menarik…

Share pengalaman sikit, majlis perkhawinan saya pada 2007, saya telah berikan kepada tetamu door gift iaitu potpori dan sabun dalam sudu. Lebih kurang 500 jemputan hehehe… seronoknya… jimat kos buat sendiri. Lepas tu kawin lagi adik perempuan, saya telah ambil tempahan dia sebanyak 300 biji untuk door gift perkhawinannya.  Senang ja buat tu, semua pun pandai buat tapi yang penting MENANG TANGAN! kenalah korbankan masa sedikit…

Setakat ini, saya telah mendapat tempahan dari Semporna, Kota Kinabalu, Tuaran, Tamparuli, Menggatal dan beberapa daerah yang lain bagi tujuan cenderahati perkhawinan, majlis tunang, kenduri potong rambut  Dibuat di rumah saja, sambil membuai-buai baby nakal saya(ai ai), bolehlah buat tempahan dari saudara-saudara, kawan-kawan, kawan punya kawan hehehe… Read the rest of this entry »

Tips Untuk Berhenti Merokok

1. Keazaman yang kuat – Tetapkan hari permulaan berhenti merokok. Buang semua rokok, produk tembakau, tempat habuk rokok, sama ada di rumah, kereta dan tempat kerja. Apabila berhenti merokok, jangan hisap, malah menghidu asap pun tidak boleh.


2. Sokongan dan galakan – Beritahu ahli keluarga, rakan dan kakitangan sepejabat bahawa anda berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka. Minta mereka tidak merokok dan meninggalkan rokok berdekatan anda. Read the rest of this entry »

« Older entries