Photo Gallery

With hubby, Ai ai di Rumah adik di Melaka - April 2008

Kami sekeluarga di rumah Christine di Melaka – April 2008

Breakfast – Mee Kolok di Melaka

Gambar bersama Christine @ Girlfriend si Maat

Dadi & Family yang menetap di Melaka

Hubby…

12 Comments

  1. hazizul said,

    June 29, 2008 at 11:50 am

    luarr biasa u punya blog ni,teruskan usaha anda..ok..u are the best!!!!

  2. aiai said,

    June 30, 2008 at 1:30 am

    Hai Zul,

    Terima kasih melayari blog ni. Support dari Zul and friends pasti akan membantu blog liferelax berkembang dengan baik. Kiranya Zul & wife ada tips, petua dll boleh dikongsikan, jika tidak keberatan kita kongsikan bersama, saya & hubby will display ke blog ni dan sumber adalah dari Hazizul & wife. Sentiasalah layari liferelax kerana kami akan mengemaskini dan menambah pelbagai isu. All the best k.

  3. hazizul said,

    July 1, 2008 at 11:58 am

    MINAT MEMBACA……..???

    SILA LAYARI : Razziarmansur.com

  4. hazizul said,

    July 1, 2008 at 12:04 pm

    Buku “Hati Yang Ikhlas”oleh Gan Ah Seng
    Membaca buku ”Hati yang Ikhlas” tidak cukup sekali. Buku yang padat dengan ilmu ini telah merakamkan liku-liku perjalanan hidup Cikgu Gan Ah Seng dalam kerjaya dan program beliau melatih pemimpin berkaliber.

    Penulis merupakan Pengerusi Persatuan Pemidato Malaysia dan pengalaman beliau dalam bidang pendidikan motivasi orang dewasa melebihi 30 tahun dan bagi tahun 2001 – 2005, Cikgu Gan Ah Seng adalah salah seorang daripada enam penceramah yang cemerlang di Malaysia.

    Beliau sekarang merupakan Pengarah Sistem Pendidikan BES.

    Antara kata-kata beliau :

    Cuba mendengar, dan beri diri peluang untuk berubah.

    Impian pencetus matlamat dan pedoman hidup insan – ”Orang yang tidak mempunyai impian, tidak akan ada pencapaian.”

    Anda ingin menjadi hamba atau tuan kepada nasib anda?

    Fikiran positif mencipta kekayaan abadi.

    Mengawal masa, jangan biarkan masa menangguh kejayaan anda.

    Rendah diri dan ramah mesra : Seni interpersonal yang tinggi.

    Berjaga-jaga semasa berucap; kerana mulut badan binasa.

    Kejayaan adalah suatu perjalanan, bukan destinasi.

  5. aiai2u said,

    July 1, 2008 at 5:25 pm

    Hai Zul, terima kasih kata-kata hikmah yang telah disumbangkan. Sila klik kategori ‘Madah Hikmah’. Kami sentiasa menghargai setiap kata-kata yang diberikan.

  6. hazizul said,

    July 5, 2008 at 1:54 am

    semalam aku dengar berita, zeti aziz cakap kadar inflasi naik bulan ini. bulan depan turun sket. jadik aku usha berita harian dalam tenet nie. apa yang aku leh cakap, sebab harga minyak naik paras hidung, barang2 lain pon dijangka naik sama.

    dalam hal2 real estate nih, yang susahnya, BLR(Base Lending Rate) gerenti2 akan naik. BLR ni bagi sesapa yangg tak tau, effect kepada yang ada buat loan atau pinjaman. Orang2 yang buat hartanah ni, beli jual umah, sewa umah, secara langsung akan effect pinjaman drg. katakan lah, bulan2 apartmen yg korang sewakan, penyewa bayar RM500, ko bayar bank RM500. disebabkan BLR naik ko terpaksa bayar RM600. tak ke sakit. nak tambah RM100 lagik. klu ada 10 bijik umah dah pening mcm nak pitam. bagik aku tu la risiko dalam real estate nih. klu tak berani, jgn nak buat la bab2 hartanah ni. biar aku je yang buat sorang. hehe.

    dalam direct sell ni.. nak jumpa prospek atau group ko, mesti nak jalan guna keta kan. minyak gak. nak kurangkan jumpa, mmg tak leh. mmg kena tambah jugak sen tuk beli minyak. bagik aku same gak la dengan org yang keja. keja lagi ssakit, ari2 mesti nak kuar kerja. tak ke sakit. nak anto barang2 orang pesan pon dah satu hal. yang aku dapat bagik pendapat sini, kena rancang perjalanan korang. biar sekali sehari je kuar. klu cam aku nih, biar jumpa group suma ada, tak jugak sakit sangat nak jumpa satu2. klu camtu mmg abes sen pi kat minyak je kan. jadik, sini kita pandai2 la rancang perjalanan.

    pasal nak bayar2 bil ni dah tak susah. pakai je internet banking. mcm kat labuan ni, bil air je yang tak bleh pakai internet banking. tak jugak buang masa n tenaga aku pi beratur kat sane kan. bleh gak kurang kan minyak aku pi sana. teknologo main peranan penting gak skang ni utk jimatkan sen kita. kite je yang masih tak nak pakai. klu aku nak transfer duit ke, dari umah aku je. kan senang. ni bukan mcm dulu agik. kene beratur, amik nombor. dah ada teknologi tapi tak nak guna, tak ke bangap tue.

  7. hazizul said,

    July 21, 2008 at 10:16 am

    21 july2008

    Terbesar di Malaysia Timur

    Sebaik sahaja tiba di Imperial International Hotel pada pukul 9:00 pagi, saya dan beberapa orang rakan bergegas ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Tiada sesiapa yang menghadiri pendakwaan pada hari ini melainkan cuma menaiki City Bus untuk ke 1 Borneo.

    Tambang RM1.00 untuk perjalanan sejauh 8 kilometer dikira berbaloi dengan keselesaan bas yang lengkap dengan pendingin hawa. Setibanya di 1 Borneo, kami terus meluru masuk bersama ratusan pengunjung yang agaknya baru berkunjung kali pertama (sama seperti kami).

    Selepas 2 jam berlegar-legar di dalam bangunan 1 Borneo, kami berpuas hati dan kembali semula ke Warisan Square menggunakan perkhidmatan bas ulang alik 1 Borneo (shuttle bus). Menurut pemandu bas 1 Borneo, pusat membeli-belah ini telah dibuka kepada orang ramai sejak seminggu yang lepas.

    Bagi saya, senibina moden 1 Borneo ini seharusnya turut dihiasi dengan hiasan dalaman berunsurkan kebudayaan di Borneo supaya ianya mempunyai identiti tersendiri berbanding meniru keseluruhan konsep dari luar negara.

    Kategori: sabah

  8. hazizul said,

    July 22, 2008 at 12:06 pm

    Bekerja untuk masa depan – Suntikan Semangat untuk kita semua.

    “HIDUP mesti diteruskan, betapa berat pun rintangan dan kesusahan,
    kami percaya kami boleh bangkit semula dan kami akan membangunkan
    semula negeri ini, kerana Tuhan tidak suka mereka yang berputus asa.”
    Kata-kata ini dipetik dari sebuah rancangan majalah di kaca televisyen
    yang memaparkan kehidupan selepas bencana gempa bumi yang melanda
    Sumatera suatu ketika dulu.
    Tidak lama sebelum itu mereka ditimpa bencana tsunami dahsyat pada 26
    Disember 2004 yang menelan korban seramai 126 ribu orang. Dan
    berbagai-bagai lagi siri gempa bumi yang menghimpit rakyat Indonesia
    seperti gempa bumi di Yogjakarta pada Julai 2005 dan Bengkulu pada
    September 2007.
    Apa yang menarik untuk direnungkan daripada bencana dan kemusnahan
    yang melanda Indonesia ialah tentang ketabahan rakyatnya untuk
    menghadapi bencana tanpa mengalah kepada nasib semata-mata.
    Begitu juga dengan situasi yang sedang kita hadapi sekarang. Kenaikan
    harga minyak telah melarat menjadi inflasi yang telah memamah
    pendapatan kita.
    Kuasa beli kita menjadi kecil apabila harga barang semakin meningkat
    secara mendadak sedangkan pendapatan kita tidak bertambah. Dan ia juga
    boleh dikategorikan sebagai bencana kerana kita merasai kesusahan,
    keperitan dan kesan yang besar dalam kehidupan seharian.
    Pada masa ini kerajaan sedang bertungkus-lumus berusaha untuk
    mengurangkan beban rakyat dan ada juga kumpulan yang mendakwa boleh
    menurunkan harga minyak sekiranya berkuasa. Dari sudut politik,
    Biarkan pihak yang berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka.
    Tetapi apa pula peranan kita secara individu untuk berhadapan dengan
    bencana ini? Apakah kita harus menjerit dan menangis menghadapi
    kegawatan ini? Adakah kita masih mengharapkan harga minyak ini turun
    dengan mendadak pada masa akan datang? Dan jika turun pun, adakah
    harga barangan yang naik ini akan turun juga?
    Kita harus menerima hakikat bahawa apa yang berlaku sekarang adalah
    realiti yang harus kita hadapi. Harga barangan kini semakin mahal dan
    kuasa beli kita semakin berkurangan.
    Katakan dahulu kita boleh menabung sedikit daripada pendapatan bulanan
    kita, kini mungkin semua pendapatan habis digunakan. Dan kalau dahulu
    pada mereka yang langsung tidak dapat menabung, kini sudah pasti
    mereka terpaksa pula mengurangkan barang-barang yang boleh dibeli.
    Kita pernah melalui zaman-zaman susah sekitar krisis ekonomi 1997/98.
    Pada masa itu pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merosot
    daripada sekitar 7 peratus pada tahun 1997 kepada sekitar negatif 7
    peratus pada tahun 1998.
    Dan pasaran saham Malaysia kehilangan lebih tiga suku dari nilai
    modalnya, atau lebih RM567.34 bilion wang rakyat negara ini hilang
    begitu sahaja akibat daripada kejatuhan harga saham dari Julai hingga
    September 1998.
    Bagaimana caranya kita perlu mempersiapkan mental kita untuk
    berhadapan dengan krisis ini? Kita biasa mendengar seseorang yang
    menghidap penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser boleh
    memanjangkan hayat sekiranya mereka berusaha melawan penyakit dan
    tidak hanya melayan kesakitan. Melawan penyakit ini adalah peranan
    mental atau otak dan perasaan. Dan ia mempunyai kesan psikologi yang
    besar.
    Di sinilah peranan psikologi dalam menghadapi bencana ekonomi ini.
    Merungut, meratap dan menangis tidak akan merubah apa-apa.
    Yang penting kita mesti sama-sama berfikiran positif mengharunginya
    dan terus bekerja keras memperbaiki taraf hidup.
    Kalau kita terus melayan kebimbangan dan kesedihan ini, kita mungkin
    tidak boleh bekerja dan termenung yang akhirnya memburukkan lagi
    keadaan. Atau mungkin ada yang bunuh diri atau menjadi gila.
    Setiap kita harus berusaha untuk menambah pendapatan sampingan bagi
    menampung perbelanjaan yang semakin meningkat kerana inflasi.
    Kerajaan sendiri telah pun memberikan keizinan kepada kakitangan
    kerajaan daripada kumpulan sokongan untuk menjalankan perniagaan
    sampingan secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan.
    Satu perkara yang kita jangan lupa ialah untuk sentiasa berdoa kepada
    Tuhan agar bencana yang kita sedang hadapi ini akan berakhir juga satu
    masa nanti.
    Dalam dunia ini tidak ada yang berkekalan. Percayalah bahawa
    kesengsaraan adalah sementara dan kebahagiaan juga sementara. Satu
    hari nanti semuanya akan pulih seperti sedia kala sekiranya kita
    berusaha dan tabah mengharunginya.
    Kita telah membuktikan bahawa kita telah berjaya keluar daripada
    krisis ekonomi lepas dengan cara kita sendiri dan kemudian kita
    kembali makmur.
    Anggaplah kemewahan kita yang lepas sebagai sesuatu yang telah berlalu
    dan tiada lagi. Tapi kita masih ada ruang untuk memperbaiki masa
    depan. Hidup mesti diteruskan.
    Kita harus mengharapkan yang terbaik tetapi bersedia untuk yang
    terburuk. Kita perlu terus bekerja keras membina sesuatu untuk
    generasi akan datang dan mengharungi krisis ini dengan tabah dan
    berani.
    Seperti yang dinyatakan dalam sebuah iklan Petronas; “Adakah apa yang
    kita ada sekarang mampu membawa kita ke masa depan?” Suatu perkara
    yang harus kita renungkan.

  9. mama leeshawn said,

    July 23, 2008 at 8:56 am

    toe okay mantapssss.. truskan usaha… ada masa i c sumbang gak apa apa yang patut…. adios

  10. hazizul said,

    August 6, 2008 at 10:35 am

    Topic: Sentiasa ada yang lebih

    Saat kita berasa diri kita hebat, paling hebat, kaya, millionaire atau perasan selebriti, ingatlah, ada yang lebih hebat, lebih kaya, lebih billionaire, lebih selebriti dari kita. Manusia sama saja, ada lebih ada kurang.

    Saat kita berasa diri kita daif, ingatlah ada yang lebih daif, lebih gagal, lebih derita, lebih miskin dari kita. Manusia sama saja, ada lebih ada kurang.

    Ini peringatan kepada diri saya sendiri yang sering alpa dan terlupa.

    Kalau kita kena kutuk, jangan melatah kerana apabila kita melatah, kita akan menggelabah dan kesan buruknya bukan pada yang mengutuk tetapi pada kita sendiri.

    Apalah kutukan yang kita terima berbanding dengan kutukan yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar, Pak Lah, Najib, Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, dan ramai lagi, setiap hari melalui pelbagai media (multimedia). Mustahil pula Dato’ Seri Anwar akan dipuji di dalam akhbar dan TV.

    Pergilah ke forum yang sangat terbuka: http://www.cari.com.my >> General >> Current Issues untuk menyaksikan sendiri pujian dan kutukan. Atau pergilah ke forum Tranungkite.net.

    Jadi, setiap kali kita dikutuk, dicerca, jangan melatah, sebaliknya, ingat, ada yang lebih teruk lagi kena kutuk. Sudah tentu ini serta-merta menenangkan hati kita.

    Namakan apa perkara negatif yang tidak pernah dilemparkan kepada Rasulullah SAW. Kutukan dan cercaan perkara biasa. Alangkan Nabi pun kena cerca dan kutuk, apatah lagi kita ini.

    Adakah Baginda Rasulullah SAW melatah? Tidak sama sekali. Baginda bersabda yang bermaksud, “Silence is golden.” Diam itu kebaikan. Bukan itu saja, Baginda mendoakan orang yang mengutuk, mencerca, mengaiaya, memusuhi. Mampukah kita mengikut jejak Rasulullah? Mampu atau tidak mampu, kita mesti mengikuti jejak Baginda.

    Balasan Allah akan diterima oleh yang mengutuk dan dikutuk. Yang mengutuk akan menerima balasan buruk dan yang dikutuk akan menerima balasan yang baik. Apa bentuk balasannya? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

  11. amino said,

    July 13, 2009 at 9:28 am

    hai si otto…..kira ok juga web kau ni geng..

  12. aiai2u said,

    July 14, 2009 at 3:21 pm

    Amino….

    Bah rajin2 la baca artikel2 dalam web ni. hahah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: