Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil. Read the rest of this entry »
Advertisements

Kehamilan Lewat Usia & Risiko

Kehamilan pada usia lewat biasa berlaku tambahan lagi sudah menjadi agak biasa zaman ini lelaki dan perempuan berkahwin pada usia lewat. Ketahui risiko dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa kehamilan pada usia lewat ini… Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (selepas 35 tahun) berisiko untuk:

  • pembedahan Caesarean
  • bersalin dengan bantuan peralatan seperti forseps atau vakum
  • bayi kurang berat badan
  • penyakit kencing manis dan darah tinggi yang boleh memudaratkan kehamilan
  • pendarahan yang banyak selepas bersalin
  • kelahiran sebelum masanya
  • kemungkinan janin meninggal
  • kelahiran sindrom down
  • keabnormalan janin yang bercorak genetik
  • keguguran secara spontan
  • hamil bayi kembar
  • placenta previa
  • kematian perinatal. Read the rest of this entry »

Kongsi Bisnes Bersama Bio-Asli(Daftar Percuma)

Hai kawan-kawan,

Jom baca sebentar iklan mengenai Bio-Asli. Bio-Asli menawarkan peluang untuk kita berniaga secara online. Bolehlah jadi usahawan internet. Berdaftar adalah percuma bagi yang hanya menjadi ahli biasa, tapi ahli VIP bolehlah beli mana2 produk Bio-Asli dan untuk melayakkan mendapat komisen, kita buatlah belian RM25 ke atas, cara bayaran yang mudah. Tapi risau pasal beli-beli ni, yang penting register dulu selagi free.  Klik!

www.bio-asli.com/?id=liferelax

Read the rest of this entry »

Luahkan Perasaan! Marah, lucu, takut, ngeri, geram, sedih…. apa saja!

Hai kawan-kawan,

Aduh! bila kita berada dalam situasi yang sukar ditafsir, segala-gala perasaan, fikiran, kelakuan akan timbul bermacam ragam. Bila amarah datang, rasa mau pitam, blood pressure pun tiba-tiba naik!(Sila check BP selalu hehehe). Bila ketakutan datang, pelbagai perasaan sejuk, sesak nafas dan mengigil keluar! Apabila ketakutan yang melebih2, histeria mungkin datang! heh! menakutkan. Ada juga yang saya dengar dari pengalaman2 orang bahawa kadang ketakutan mereka tidak dapat dikawal hinggakan pengsan! Ketakutan ada yang berfikir pasal kematian… walhal, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi, sebenarnya saya sendiripun penakut! tidur seorang2 dalam kegelapan, degupan jantung kuat!! Luckily, ada hubby sekarang hahaha, mengurangkan bebanan saya. Ada juga kawan tidur, dan dialah kawan dan dia hubby. Tapi, memang tidak dinafikan…ketakutan itu sebenarnya datang sendiri, walaupun kita cuba berfikir positif…tapi dia datang juga…aduh! susah gambarkan. Syukurlah hubby saya faham juga, walaupun dia pada mulanya sukar menerima keadaan itu, dialah teman dan dialah hubby, sesuai tajuk lagu “sawoku tambalutku”, begitu kah tu..hahah. Nanti saya kongsi cerita tentang ketakutan, apa yang antara yang terjadi………….. ooooyo takut oh! ehehhe

Salahsatu tip elakkan ketakutan ialah, berlaku pada bujang… jadi khawinlah cepat2, dapat suami atau isteri dan dapat anak lagi… ada juga kawan2 selalu hehehe…

Jadi, kongsi2lah bersama ‘liferelax’. Apa saja yang kita alami.

Jaga diri….selamat berkongsi!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

Kepada kawan-kawan dan surfers di luar sana, aiai2u mengambil kesempatan mengucapkan

“Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008”.

Pada yang balik kampung dan driving tu, sentiasa cermat dan berhati2, periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan…penting pakai tali keledar!! Jangan kelam kabut, tempat dituju pasti akan sampai tu. Kepada yang tidak driving dan menumpang tu, kalau sedar ‘bus driving’ laju bawa kereta tu, jangan segan tegur mereka kerana keselamatan adalah untuk semua penumpang juga.

Berkongsi dengan aiai2u, tidak ada banyak perancangan raya ni, tapi mama leeshawn sudah invite beraya di rumah parent dia di Tuaran…wah seronoknya! Ini plan raya pertama, raya ke-2 dan ke-3 mungkin  berkunjung ke rumah kawan2 berdekatan, mengeratkan silaturahim….dan makan kuih raya hehehe, kita ni menunggu krismas….. Apapun kepercayaan, kita di Malaysia ni hidup harmoni dengan berkongsi setiap perayaan.

Wokay, jangan lupa cerita-cerita perjalanan semasa raya k. Nanti aiai2u akan berkongsi macamana beraya di rumah parent mama leeshawn, tahun lalu ada soto, kolupis hahaha tidak tahu apa nama juadah tu…. banyak lagi… nanti tangkap gambar!

Selamat Beraya dan jangan lepaskan peluang makan kuih banyak2 ehee..

dari,

aiai, mummy ai & daddy ai

« Older entries Newer entries »