Inginkan Tip-tip Atasi Panas Baran?

Senyumlah…

PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut.

Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran.

Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi.

Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri.

Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami. Di sini, terdapat tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.

Ikuti latihan dan kegiatan sukan

Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

Meningkatkan kekerapan bersenam

Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan. Read the rest of this entry »