Pantang Larang Selepas Bersalin

Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan sangat penting agar ibu dalam pantang tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

Tidak ramai tahu kehamilan memberi banyak tekanan kepada badan wanita. Malah, pada masa sama wanita juga boleh mengalami tekanan emosi, terutama jika kehamilan itu tidak dikehendaki.

Sedar atau tidak, kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan emosi kepada wanita. Selepas bersalin, ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehingga kadangkala ada yang lupa mengambil berat kesihatan diri sendiri.

Berpantang memberi peluang kepada wanita untuk berehat secukupnya kerana kehamilan boleh menyebabkan beberapa gangguan kepada fungsi asal badan. Ini sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga yang bukan saja baik untuk bayi, bahkan demi kepentingan wanita sendiri.

Kebersihan Diri

  • Amalkan mandi sekurang-kurangnya sehari
  • Pakai pakaian bersih dan selesa yang ditukar setiap hari
  • Tukar tuala wanita dengan kerap
  • Pastikan luka pembedahan dan jahitan sentiasa bersih dan kering

Pemakanan

  • Makan pelbagi jenis makanan berasaskan piramid makanan
  • Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
  • Banyakkan pengambilan serat terutamanya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Penyusuan Susu Ibu

  • Bersihkan payudara setiap hari
  • Gunakan coli yang bersih dan selesa
  • Susukan bayi dengan kerap mengikut permintaan
  • Kurangkan atau elakkan penggunaan jamu jika bayi jaundis/kuning. Read the rest of this entry »

40 Minggu Nan Ajaib

Minggu 1

Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida. Read the rest of this entry »