Displin Pada Seks Dalam Rumahtangga

manner

1. Luangkan masa untuk pastikan diri tampak ghairah

Bagi pasangan yang telah lama berumah tangga, mereka cenderung membiarkan diri kelihatan selekeh tanpa memikirkan pandangan pasangan terhadap diri mereka. Perhatikan ketika pasangan anda naik ke tempat tidur dengan wajah yang dipenuhi dengan jambang yang baru tumbuh atau tidak mandi mahupun menggosok gigi. Tidakkah anda terfikir pasangan anda akan memperhatikan perkara seperti ini? Anda mungkin merasa ghairah, namun jika anda mengambil mudah hal penampilan ketika bersama pasangan adakah anda rasa pasangan ghairah untuk bercinta?

2. Minta apa yang anda inginkan

Adalah tidak bijak atau tidak benar jika anda menyerahkan diri anda kepada pasangan anda seraya berkata, “Ini tubuhku fikirkan apa yang mampu kamu lakukan dengan tubuhku ini.” Alasannya jika anda tidak tahu bagaimana cara meminta apa yang anda inginkan, anda pasti tidak akan mendapatkannya. Alasan lain, jika anda tidak membantu pasangan untuk memuaskan diri anda sendiri, maka anda akan membuat pasangan gagal menjalankan tugasnya. Keadaan ini akan yang menyebabkan timbulnya sikap saling salah menyalah kemarahan dan tuduh menuduh. Jika anda memiliki keberanian dan rasa percaya diri untuk meminta, itu akan membantu pasangan anda untuk melakukan hal yang sama.

3. Pastikan pasangan anda setuju

Anda harus memastikan bahawa pasangan anda setuju untuk melakukan hubungan seksual ketika anda menginginkannya. Persetujuan ini amat dituntut dan penting dalam memastikan keharmonian aspek kehidupan seksual. Jika melakukannya tanpa persetujuan anda telah melanggar etika seks yang paling utama. Read the rest of this entry »