Code Ai015 – Ai019

Code: Ai015

Code: Ai016

Code: Ai017

Code: Ai018

Code: Ai 019

Awas Pada Cermin 2 Arah!

Beware bagi yang suka nginap di hotel atau gi toilet awam. Tu baru cermin
tak kira lagi kamera tertutup di lampu2. Bahaya tu takut jadi macam student
Gombak.

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet awam, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti
pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang
tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang
benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah orang
di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti
pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti
lelakiAdalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi
permukaannya hanya dengan melihatnya saja.

Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan
dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?.

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan
cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA

1. TEST DENGAN KUKU JARI

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak
(gap)antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan
bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin,
hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di
tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah “TEST KUKU
JARI”. Tidak perlu membayar.

2. TEST DENGAN NAFAS.

Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin ,
maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.

3. BUNYI

Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan,

Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang
kosong/berongga dibelakang Cermin tersebut.

Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari “PERKOSAAN
VISUAL” !

PARA WANITA : beritahu teman-teman anda yang lain.
PARA LELAKI : beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda.

Sumber: http://www.forum.wanitaniaga.com

5 Rahsia Agar Suami Bersikap Terbuka


Keluhan seperti, “susahnya nak faham, saya tak tahu apa yang dia sedang fikirkan…” sering kita dengar daripada mulut si isteri. Dari hasil suatu kajian menunjukkan bahawa 42 peratus wanita memiliki kesukaran untuk membuat pasangannya bersikap terbuka atau lebih terbuka. Jika hal tersebut berlaku, wanita sering merasa putus asa, kecewa dan si suami pula akan merasa dipersalahkan. Lelaki hanya ingin berbincang dalam keadaan-keadaan tertentu. Kebanyakan lelaki tidak mahu rasa terbeban. Jadi, apakah rahsianya yang boleh membuatkan pasangan anda akan lebih terbuka?

Rahsia 1

Lelaki takut akan penolakan. Kebanyakan lelaki merasakan bahawa wanita sangat kritis terhadap mereka dan mereka bimbang jika mereka bersikap terbuka, orang lain akan mentertawakan, membiarkan mereka merasa diketepikan dan malu. Penting bagi wanita untuk menyedari bahawa ego dan keakuan seorang lelaki sangat rapuh, dan mudah terluka dibandingkan wanita. Lelaki biasanya berusaha untuk menarik perhatian pasangannya, mendapatkan respons dan merasa bahawa dia telah menyenangkan pasangannya. Jika seorang lelaki itu menganggap anda melihat dia dengan pandangan yang berbeza dari sebelumnya setelah dia mengatakan sesuatu hal, percayalah selepas itu dia sukar atau tidak akan berbicara lagi dengan anda.Untuk membuatkan seorang lelaki bersikap terbuka, dia harus berasa dirinya diterima oleh pasangan sebagai dirinya seadanya. Bersabarlah terhadapnya. Jika anda memberikan respons terhadap ucapannya dengan balasan bantahan seperti; “Itu tidak benar, saya tidak setuju dengan hal tersebut” Atau “Dari mana awak mendapat idea gila tu?” Tentu saja responnya langsung merendahkan dirinya. Mereka khuatir jika mereka mengucapkan sesuatu yang terlalu personal atau peribadi, berkemungkinan tidak sesuai dengan gambaran yang sedia ada. Jangan halang dia untuk mengungkapkan siapa dirinya yang sebenar. Jika anda dapat menyingkirkan semua harapan anda dan benar-benar cuba mencari siapa dirinya, dia akan segera merasakannya. Malah, dia akan merasa lebih mudah dan senang untuk berbicara dengan anda.

Rahsia 2

Kongsi juga rahsia anda dengannya. Pastilah anda saling bergantung antara pasangan. Kebanyakan lelaki berfikir, “Jika saya menceritakan hal tersebut, pasti dia akan meninggalkan saya”. Anda harus menunjukkan padanya bahawa anda percaya padanya sehingga anda pun bersikap terbuka dan berkongsi apa sahaja rahsia anda. Pada saat dia mula bersikap terbuka, dengarkanlah apa yang ingin dikatakannya, kemudian tawarkan sesuatu yang positif padanya. Contoh: “Pengalaman abang boleh tahan sedihnya, saya pun pernah mengalaminya” atau “Saya kagum atas tindakan awak waktu itu” dan ambillah contoh dari ceritanya tadi yang membuatkan anda kagum padanya (jangan pula terlalu berpura-pura, kerana semua orang boleh perasan kalau lawan cakapnya sedang mengatakan sesuatu yang tidak benar). Biarkan dia mengetahui bahawa anda adalah di pihaknya dan dia tidak bersendirian dalam pengalamannya.Kebanyakan wanita mendengar apa yang dikatakan lelaki dan memberi respons negatif dengan memberikan cadangan seharusnya tindakan kamu patut begini atau begitu. Penting untuk melihat situasi dari sudut pandangan dia. Kejujuran dan respons positif dari anda sangat diharapkannya. Pasangan anda akan merasa ada seseorang yang cukup memahami dan memberi perhatian kepadanya. Dan ini akan membuatkan mereka lebih terbuka lagi dengan anda.

Rahsia 3

Lupakan masa lalu. Pernahkah anda berbincang dengan pasangan anda dan berakhir dengan keadaan yang tidak menyeronokkan kerana kesalahan masa lalu yang dilakukannya. Atau mungkin kerana sikapnya yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan anda. Jika seseorang lelaki merasa bahawa kata-katanya nanti akan disalah ertikan, nampaknya makin susahlah dia ingin bersikap terbuka. Dan satu-satunya cara untuk menghindar dari jerat komunikasi seperti ini adalah menyedari bahawa apa pun yang terjadi di masa lalu, atau apa pun yang dikatakan atau dilakukan olehnya, anda terlibat sama di dalamnya.Semua hubungan adalah seperti tarian, tidak ada yang lebih baik atau pun lebih buruk. Kemampuan untuk memaafkan menjadi mudah jika anda cuba memahami bahawa apa saja sikapnya terutama sikap negatif pada dirinya setahun lalu (juga tentang diri anda), mungkin sudah tidak ada lagi pada waktu ini. Komunikasi yang baik memerlukan kemampuan untuk tetap berpegang pada sikap dan keadaan di masa sekarang dan membiarkan masa silam berlalu.

Rahsia 4

Menjadi pendengar yang baik dan melindungi. Bolehkah anda mendapat hubungan yang jujur? Dan alasan terbesar orang yang tidak jujur adalah kerana akibatnya yang juga terlalu besar. Kebanyakan lelaki berpendapat wanita ingin dan perlu dibohongi kerana mereka tidak dapat menerima kejujuran. Lagi pun mereka khuatir pasangannya akan sedih. Kenyataannya, kebanyakan wanita menggunakan emosi mereka untuk mengawal lelaki dan mengawal hubungan mereka. Mereka menuntut respons yang jitu daripada pasangannya dan merasa stres bila mereka tidak mendapatkannya.Tetapi dengan keinginan pasangannya untuk mendengar apa yang harus dia katakan merupakan peringkat awal hubungan yang dewasa. Ini memberikan pada lelaki suatu perasaan bahawa dia memiliki pasangan yang baik yang akan bersamanya dalam suka dan duka. Kemampuan untuk menerima kejujuran dari orang lain meningkatkan kesedaran kita bahawa keharmonian tidak datang kerana persetujuan dari pihak lain, namun dari keikhlasan terhadap diri sendiri.

Rahsia 5

Kebenaran dan keikhlasan pada diri sendiri; waspadalah! Cara yang paling baik untuk membantu seorang lelaki bersikap terbuka adalah terbuka terhadap diri sendiri, dan ciptakan suasana yang hangat dan dapat diterima oleh dirinya. Contoh, dapatkah anda memaaafkan diri anda sendiri atas kesilapan yang dibuat pada masa lalu? Atau anda sentiasa diliputi dengan perasaan bersalah atas kesalahan yang dibuat dulu? Ketika anda memperlakukan diri anda seperti ini, secara semula jadi pasti anda akan melakukan hal tersebut pada pasangan anda.Jika anda terluka, ini kesempatan anda untuk membuat keputusan agar hidup anda tidak dibayangi masa lalu lagi. Kadangkala kita mahu orang lain menerima hal yang sama kembali. Jika anda tidak dapat terima, kekecewaan mulai timbul. Anda harus menyedari bahawa anda akan memberi lebih banyak dari apa yang akan anda terima. Ketika anda memberi pasangan atau orang lain rasa hormat tanpa syarat, anda memberikan hal tersebut juga untuk diri anda sendiri.

Sumber: Mingguan Wanita

Klik lagi…

See…4 orang sedang memperagakan pakaian tradisi suku kaum dusun-lotud. Inilah pakaian tradisi untuk dipakai pengantin. Pakaian ini ada uniknya tersendiri. Pakaian tradisi ni boleh ditempah daripada orang-orang tertentu ja. Harga boleh tahan juga. Tidak ramai yang diturunkan kemahiran menjahit dan menghias pakaian tradisi ini. Kalau ada yang berminat boleh email aiaijung01@gmail.com.

Apa ni? Ohhh….pintu gerbang pula ni digunakan pada majlis-majlis spt khawin dll. Boleh didapati di Kedai Roslin Ginsuok di Tuaran. Roslin Ginsuok, adalah artis Sabah yang mempunyai kelunakan suara pabila menyanyi. Dia ni seorang yang sangat komited kepada pelanggannya. Harga yang diberikan adalah berpatutan untuk pintu gerbang. Pelbagai perkhidmatan yang lain seperti menjahit dan design pakaian dan lebih special lagi dia ni boleh jadi Mak Andam, dia pandai makeup!… dia seorang yang kreatif dan friendly pula tu. Anda ingin bertunang? Berkhawin? Ingin membuat fesyen pakaian? atau ingin menghadiri majlis-majlis yang memerlukan anda nampak cantik, natural? Jadi jangan ketinggalan mendapatkan sentuhan Roslin dengan menghubunginya di No. hp:0148643489 atau datang terus ke Kedai Roslin Ginsuok di Pekan Tuaran.

Kenalilah Roslin Ginsuok, dialah yang menyanyikan lagu Kuch Kuch Ho Ta Hai dalam versi Kadazandusun. Dia tetap kelihatan comel…

10 Cara Biar Lebih Disayangi Suami

Memang tidak adil jika kita hanya meminta para lelaki yakni hanya suami yang menanggung semua keperluan dalam sesebuah hubungan. Sesekali apa salahnya anda pula yang mengambil alih tanggungjawab tersebut. Tapi janganlah sampai anda pula menjadi pengendali dalam bahtera hubungan anda berdua. Keadaan berat sebelah seperti ini akan menyebabkan perjalanan rumah tangga atau hubungan perkasihan anda tidak akan berjalan lancar. Oleh sebab itu, prinsip give and take perlu betul-betul diterapkan.
Bagi lelaki memikul kesemua tanggungjawabnya bukan satu masalah. Bagi mereka asalkan isteri atau kekasih senang, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Tapi sebagai isteri atau pasangan yang setia, anda juga perlu melakukan sesuatu yang bermakna. Jika anda ada sikap tolak ansur,sudah pasti anda akan semakin disayangi pasangan.
Untuk itu, cuba beberapa tip berikut ini:

1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.

2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara unik. Misalnya, kirimkan pesan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya. Atau, selitkan pesanan “Selamat makan, sayang” dalam bekalan makanan tengaharinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk suami.

3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal sekarang).

4) Biarkan dia membantupekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, lalu pujilah usahanya membantu anda.
5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton. Memberi pujian dengan mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan beberapa kebaikannya yang membuat anda sangat menyintai dan menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem yang anda tonton itu.

6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh oleh pasukan kesukaan. Biar suami menyedari sikap prihatin anda terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.

7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali leher atau kaset penyanyi atau group band kegemarannya.

8) Tertawalah ketika mendengar gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.

9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar cerita-cerita itu.

10) Simpan gambarnya di dompet anda.

Sumber: Mingguan Wanita (25-31 Julai 2003)

« Older entries