Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil. Read the rest of this entry »

Rawatan Awal Elak Barah Payudara

Di Malaysia, barah payudara adalah antara penyakit paling ditakuti wanita. Ia menyerang tanpa mengira umur. Menurut Pakar Bedah Jabatan Surgeri Hospital Universiti kebangsaan Malaysia(HUKM), Prof. Dr Jasmi Ali Yaakub, barah terjadi kerana sel bertindak di luar tabiat asalnya. Biasanya sel ini membuat pembahagian dengan kadar terkawal dan dihasilkan mengikut keperluan individu. Apabila sel melebihi keperlua, ia menghasilkan tisu berlebihan yang dipanggil ketumbuhan. Menurutnya ketumbuhan boleh dibahagia kepada dua jenis, iaitu benign(tumor bukan darah) dan malignan (tumor jenis barah).

“Benign tidak membahayakan, Barah payudara adalah ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula pada bahagian payudara. Ia berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ seterusnya menyerangorgan dan tisu berhampiran. Proses jangkitan ini dikenali metasasis”katanya.

PUNCA

Prof. Dr Jasmi berkata, setakat ini tidak ada kajian tepat mengenai punca barah payudara. Penyelidik mengaikan punca utama ialah keturunan(genetik0 dan sporadic(tiba-tiba berlaku dalam keluarga yang langsung tidak menghidap barah payudara.

GOLONGAN BERISIKO TINGGI

Wanita harus memahami faktor yang menyumbang kepada barahh payudara antaranya:-

1. Wanita yang tidak hamil, samaada tidak berkhawin disebabkan penyakit dantidak boleh hamil. Keadaan ini berlaku kerana buah dada mereka tidak didedahkan kepada proses penghasilan susu.

2. Wanita yang lewat melahirkan anak pertama, melebihi 30 tahun. Mereka lewat menggunakan payudara dalam proses penghasilan susu.

3. Wanita yang datang haid awal.

4. Wanita yang putus haid. Read the rest of this entry »

Adakah Anda Mempunyai Masalah Tidur?

Adakah anda menghabiskan masa yang secukupnya di katil? Apabila bangun tidur adakah anda masih lagi terasa letih dan juga mengantuk sepanjang hari berikutnya? Jika begitu, mungkin anda mempunyai masalah tidur.

Masalah tidur yang sering berlaku adalah insomnia, apnea tidur, sindrom kaki resah dan narkolepsi. Walaupun masalah tidur secara signifikannya boleh memberi kesan kepada kesihatan tetapi ia juga dirawat.

Berbincanglah dengan doktor jika anda mengalami sebarang tanda masalah tidur berikut:- Read the rest of this entry »

7 Perkara Dielakkan Selepas Makan

  1. Jangan Merokok – Kajian oleh pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik shaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru.
  2. Jangan Makan Buah – Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan. Read the rest of this entry »

Ada Apa Pada Teh Hijau?

Banyak khasiat terkandung dalam Teh Hijau. Amalkan tabiat gemar meminum teh. Masyarakat Malaysia sejak dulu lagi telah mengamalkan kebiasaan meminum teh. Telah menjadi kegemaran dijadikan hidangan pagi mahupun malam. Read the rest of this entry »