Rambut Gugur Selepas Bersalin?

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?

Apa yang anda perlu ketahui:

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil. Read the rest of this entry »

Kehamilan Lewat Usia & Risiko

Kehamilan pada usia lewat biasa berlaku tambahan lagi sudah menjadi agak biasa zaman ini lelaki dan perempuan berkahwin pada usia lewat. Ketahui risiko dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa kehamilan pada usia lewat ini… Komplikasi-komplikasi kehamilan pada usia lewat (selepas 35 tahun) berisiko untuk:

  • pembedahan Caesarean
  • bersalin dengan bantuan peralatan seperti forseps atau vakum
  • bayi kurang berat badan
  • penyakit kencing manis dan darah tinggi yang boleh memudaratkan kehamilan
  • pendarahan yang banyak selepas bersalin
  • kelahiran sebelum masanya
  • kemungkinan janin meninggal
  • kelahiran sindrom down
  • keabnormalan janin yang bercorak genetik
  • keguguran secara spontan
  • hamil bayi kembar
  • placenta previa
  • kematian perinatal. Read the rest of this entry »

7 Langkah Atasi Tekanan Sewaktu Berpantang

Tekanan sewaktu berpantang, jika tidak dikawal akan bertambah teruk sehingga menyebabkan masalah gila meroyan. Jom, ikuti tips-tips berikut, bagaimana mengatasi tekanan, kemurungan dalam berpantang:-

  1. Tidur – “Curi” sedikit masa untuk tidur. Paling tidak cukuplah sekadar berbaring sambil melelapkan mata biarpun hanya untuk beberapa minit.

  2. Lupakan Kesempurnaan – Ibu yang terlalu mementingkan kesempurnaan amat mudah mengalami kemurungan. Jadi berilah peluang kepada diri untuk menjadi orang yang tidak terlalu sempurna. Read the rest of this entry »