Menarik Pada Beras?

  1. Cubalah petua ini, 15 helai daun limau purut dan masukkan daun ke dalam bekas beras disimpan. Wangian pada daun tersebut akan mencegah dan menghalau kutu-kutu serta serangga yang ada di dalam bekas tersebut.
  2. Beras harus disimpan di tempat yang kering. Beras yang disimpan lama akan mengundang kutu dan bubuk. Untuk mengatasi masukkan tangkai cili kering ke dalam beras.
  3. Bekas beras harus dijaga dengan baik. Sapukan minyak kepala pada sekeliling tempat menyimpan beras, untuk menggelakkan semut halus atau semut api.
  4. Apabila mencuci beras, air cucian jangan dibuang kerana aianya mempunyai khasiat tersendiri. Ianya mengubati penyakit demam campak. Caranya sapukan air beras yang ditapis ke bahagian terkena campak.
  5. Kudis juga boleh diubati dengan air beras. Caranya dengan menyapu air beras pada bahagian badan yang berkudis.
  6. Air beras juga boleh memutihkan kulit bayi. Caranya dengan mengambil air cucian beras yang pertama dan dicampurkan dengan air suam sebagai mandian bayi, amalkan setiap kali memandikan bayi.
  7. Air beras cucian pertama dijadikan air mencuci muka bagi gadis-gadis dan wanita-wanita yang gemar menjaga kecantikan. Caranya dengan menggunakan air cucian beras untuk mencuci muka.
  8. Beras boleh digunakan untuk mengeringkan telefon bimbit yang basah. Caranya, telefon bimbit yang terkena atau terjatuh ke dalam air. Jangan risau kerana  ada  cara  untuk mengeringkan  telefon anda.  Letakkan  telefon ke dalam beras, biarkan  hingga kering. Cubalah! Awas! Jangan guna pengering rambut, oven.

7 Comments

  1. Vivi said,

    June 20, 2008 at 3:33 am

    Petua beras telah membantu saya mengatasi masalah beras yang penuh kutu apabila disimpan lama. Syabas aiai2u kerana memberi tips tersebut. Perbanyakkan tips dan petua yang lain.

    Terima kasih.

  2. aiai2u said,

    June 20, 2008 at 9:58 am

    Vivi,

    Terima kasih kerana melayari blog ini. Semoga dengan sokongan Vivi dan kawan-kawan dan akan terus membantu blog ini berkembang lagi dengan pelbagai tips, petua dan lain-lain.

  3. cuterinna said,

    July 14, 2008 at 5:39 am

    Menarik juga tips yg diberikan. Sy pun ada petua mengenai cerita beras2 ni. Selepas kita membuang perut ikan, jari kita pasti berbau. Rendam tangan kita ke dalam air beras, insyallah bau tadi akan hilang. TQ

  4. hazizul said,

    July 14, 2008 at 11:07 am

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Tahukah anda, jika anda ingin menjadi orang yang berjaya anda
    perlulah memiliki minda dan pemikiran yang positif. Dengan
    berfikiran positif hidup anda akan lebih tenang dan tidak mudah
    stress. Stress juga akan mengakibatkan emosi anda tidak seimbang
    dan anda tidak mampu untuk menggunakan sepenuh potensi anda untuk
    berjaya. Saya teringat satu cerita…

    Al-kisah, ada sebuah bas yang penuh dengan penumpang tapi bukanlah
    padat sangat cuma tempat duduk dalam bas tu sahaja yang penuh.
    Jadi, seorang pak cik ni dengan 3 orang anaknya yang masih kecil
    baru sahaja menaiki bas tersebut. Anak-anak kecil tersebut
    tersangatlah nakal! Mereka membuat bising, memekik, mengacau orang
    dan sebagainya. Bayangkan… anda berada dalam bas tersebut dan
    anak-anak kecil tersebut membuat bising. Kemudian, ketika anda
    sedang membaca surat khabar… anak-anak kecil ini datang dan tarik
    surat khabar anda. Ayah kepada anak-anak kecil itu pula hanya
    senyum dan buat tak tahu.

    Saya pasti sudah tentu anda sangat marah dengan anak-anak kecil
    tersebut bukan? Saya pasti jika diberi peluang sudah tentu anda
    mahu lempang anak-anak kecil tersebut hahaha! Ada seorang mak cik
    di atas bas tersebut begitu hairan. Kenapa ayah beliau tidak marah
    kepada anak-anak kecil tersebut? Mak cik tersebut segera menanyakan
    soalan kepada pak cik tersebut. “Kenapa tak melarang anak-anak kamu
    yang sedang membuat kacau dalam bas ni?” tanya mak cik tu kepada
    ayah anak-anak kecil tersebut. Beliau menjawab “Biarlah… biarlah
    mereka bergembira seketika kerana anak-anak kecil tersebut masih
    tidak tahu bahawa ibu mereka meninggal pagi tadi di hospital. Kami
    ni naik bas untuk ke sana” jawab pak cik tersebut tunduk.

    Kini, jika anda berada dalam bas tersebut… saya yakin anda tidak
    akan marah terhadap anak-anak kecil tersebut. Betul tak? Jika
    sebelum ini anda stress dengan kelakuan anak-anak kecil tersebut,
    kini anda tidak marah lagi. Kenapa? Bukan kerana ibu anak-anak
    kecil tersebut mati… tetapi kerana ANDA BERFIKIRAN POSITIF! Jika
    anda berfikiran positif, pasti semua masalah yang datang akan dapat
    diselesaikan dengan cara yang terbaik.

    Selepas ini, beranggapan baiklah sesama manusia.

  5. aiai2u said,

    July 14, 2008 at 10:44 pm

    Cuterina,

    Ma kasih kerana melayari blog ni k. Banyak pula khasiat beras ni, setiap sumbangan dimuatkan ke dalam kategori – Sumbangan-Madah Hikmah. Lepas ni saya cuba buang perut ikan..g dulu lepas tu guna beras.Tambah lagi….hehhe.

  6. aiai2u said,

    July 14, 2008 at 10:47 pm

    Hazizul,

    Artikel yang menarik. Terima kasih di atas supports.

  7. cuterinna said,

    July 15, 2008 at 2:06 am

    Ada lagi 1 khasiat air beras. Simpan cucian air beras yang petama. Cuci sayur pahit kemudian jemur selam 1-2 jam dibawah matahari terik. Air beras tadi di didihkan kemudian tos. Biarkan sejuk. Masukkan sayur tadi kedalam botol kemudian masukkan garam. Tuangkan air beras tadi. Tutup dan simpan selama 3-4 hari. Jadilah jeruk sayur (Hamchoi)


Leave a comment